Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berkaitan dgn, bersifat, atau meng­ikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; ketradisionalan keadaan atau sifat yg tradisional: ~nya itulah yg dipuji dan dipuja oleh orang asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bersifat atau bercorak tra­­disi: masyarakat ~ masyarakat yg mengamal­kan cara hidup yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tradisional


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spellsjampi serapahKesusasteraanTiadaUcapan mantera yang biasanya digunakan dalam teater tradisional dan pengubatan tradisional. Kadang-kadang jampi serapah bermaksud kalimat yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian, perlindungan, atau pertolongan terhadap sesuatu. Contohnya, jampi serapah dalam Main Puteri dan Bagih yang popular di Kelantan. Lihat juga mantera, seru puja.
traditional buildingbangunan tradisionalKesenianTiadaBangunan yang mempunyai ciri-ciri seni bina tradisional sesuatu kaum atau wilayah yang sudah dikenali sejak turun temurun.
traditional style residencekediaman ala tradisionalLandskapTiadaRumah yang mempunyai reka bentuk gaya tradisional sama ada dari bahan, buatannya, ruang dan susun aturnya.
Chinese traditional medicinal systemsistem perubatan tradisional CinaHerbaFitokimiaSistem penjagaan kesihatan secara tradisional yang berasaskan teori yang menegaskan bahawa semua proses dalam tubuh manusia adalah saling berkait dan sentiasa berinteraksi dengan alam persekitaran. Sistem ini berasal dari negara China tetapi telah tersebar dan diguna pakai di Asia Timur, termasuklah Jepun dan Korea. Sistem ini menggunakan kaedah rawatan seperti pengambilan ubatan herba, akupunktur dan pengurutan. Contoh ubatan Cina ialah ginseng yang dipercayai berkhasiat untuk kesihatan keseluruhan tubuh badan.
Unani traditional medicinal systemsistem perubatan tradisional YunaniHerbaFitokimiaSistem penjagaan kesihatan secara tradisional yang berasaskan prinsip bahawa penyakit merupakan satu proses semula jadi dan simptomnya ialah tindak balas tubuh manusia terhadap penyakit. Sistem ini berasal dari Greek dan diperkaya oleh ilmuwan Arab dan Parsi. Sistem ini menggunakan teori praandaian bahawa keseimbangan empat cecair, iaitu darah, gelema, hempedu kuning dan hempedu hitam perlu untuk memastikan keadaan fikiran dan jasmani yang sihat. Sistem perubatan ini menggunakan terapi yang mengutamakan disiplin yang ketat, pemakanan khas dan farmakoterapi. Contoh ubatan Yunani ialah jintan hitam atau habatussauda (Nigella sativa) yang telah dikenal pasti berkesan untuk merangsang fungsi imun manusia.
folklorefoklorKesusasteraanTiadaKhazanah tradisional yang bersifat ujaran dan bukan ujaran yang wujud dalam masyarakat pratulisan. Foklor tersebar daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain secara lisan, teladan, dan pengulangan. Foklor dianggap suatu bentuk maklumat budaya yang dikongsi bersama oleh masyarakat tradisional. Foklor dapat menghuraikan, mencontohkan, dan menanam nilai dan kepercayaan yang dianggap penting dalam masyarakat tersebut. Antara bentuk foklor termasuklah segala rupa adat resam, ritual, kepercayaan, seni kraf, cerita rakyat, puisi dan nyanyian rakyat, teka-teki, dan perumpamaan. Lihat juga cerita rakyat, teka-teki.
al-muwashshaḥahal-muwashshaḥahKesusasteraanTiadaPuisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashshaḥah menggunakan istilah baharu yang belum pernah digunakan oleh penyair Arab sebelumnya. Antaranya ialah matla’, dawr, simt, ghusn, qufl, dan kharjah. Puisi ini mula menonjol pada zaman pemerintahan Amir Abdullah ibn Muhammad al-Marwani, sekitar akhir abad ketiga Hijrah atau kesembilan Masihi. Dua orang penyair yang meletakkan asas puisi ini ialah Muhammad ibn Mahmud al-Qabri al-Darir dan Muqaddam bin Mu`afa al-Qabri.,Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashsha
dan tranchdan tranchMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasinkasikan sebagai kordofon. Dan tranh merupakan ziter yang dipetik dan mempunyai 16 tali logam dalam pelbagai saiz. Alat muzik ini dipetik dengan menggunakan jari dan boleh dimainkan secara solo atau ensembel untuk mengiringi muzik tradisional Vietnam, puisi dan nyanyian.

jakhejakheMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon. Jakhe ialah ziter yang dipetik dengan jari dan mempunyai tiga utas tali. Jakhe merupakan alat muzik solo yang dimainkan dalam muzik tradisional Thailand seperti ensembel mahori.

pai xiaopai xiaoMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut yang dimainkan dalam muzik tradisional Cina. Pai xiao diperbuat daripada beberapa buluh kecil dengan saiz yang bersenggat. Kesemua buluh kecil diikat dalam bentuk bulatan atau rakit dan ditiup pada pangkal alat muzik tersebut. Pai xiao memainkan melodi dalam lagu Cina.

12345678910...

Kembali ke atas