Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
tragis
[tra.gis] |
تراݢيس
Definisi :
IB sangat sedih, sangat menyedihkan: cerita itu mengisahkan percintaannya yg ~.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
tragis
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(1)
Kamus Bahasa Inggeris
(4)
Istilah Bahasa Melayu
(5)
Khidmat Nasihat
(1)
Artikel Akhbar
(10)
Artikel Majalah
(8)
Buku
(2)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
hamartia (Yunani)
kelemahan;
tragis
rendah
Kesusasteraan
Tiada
Cacat tragedi: Kesilapan atau kelemahan besar menjadikan nasib seorang wira dalam sesebuah tragedi menjadi sebaliknya.
tragedy
tragedi
Kesusasteraan
Tiada
Bentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan
tragis
(harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan
tragis
kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-5
tragi-comedy
tragi-komedi
Kesusasteraan
Tiada
Bentuk drama yang menggabungkan ciri, bentuk tragedi, dan komedi. Gabungan termasuklah unsur keterbalikan nasib protagonis daripada
tragis
kepada gembira. Contoh tragi-komedi ditemui dalam drama The Merchant of Venice oleh Shakespeare.
hamartia
hamartia
Kesusasteraan
Tiada
Kesilapan perhitungan yang berpunca daripada kejahilan atau kelemahan peribadi watak. Kelemahan ini menyebabkan watak protagonis dalam drama tragedi tersilap langkah sehingga membawa kepada kejatuhannya. Semasa membicarakan tragedi dalam karya Poetics, Aristotle mengatakan bahawa nasib malang yang menimpa seorang wira
tragis
bukan disebabkan sifat keji tetapi kerana kejahilan atau salah perhitungan. Contohnya dalam drama Oedipus Rex. Watak Oedipus membunuh bapanya kerana didorong oleh desakan spontan, dan beliau mengahwini ibunya kerana kejahilan. Harmatia berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �kesilapan dan kegagalan�.
deus-ex-machina
deus-ex-machina
Kesenian
Drama dan Teater
Istilah yang berasal daripada tradisi teater Yunani kuno yang lebih merujuk kepada kaedah memasukkan watak dewa dengan bantuan kasmat pada bahagian akhir persembahan teater untuk membetulkan sesuatu perkara. Deus-ex-machinaboleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Deus-ex-machinabiasanya digunakan dalam drama sedih dan
tragis
sahaja. Istilah ini kini diguna pakai untuk menjelaskan sebarang tujuan campur tangan dramatik yang digunakan oleh pengarah. Deus-ex-machinaberasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘tuhan jentera’.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...