Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuang] | تواڠ

Definisi : ; besi ~ besi yg dibuat drpd besi yg dicairkan dgn menggunakan acuan, besi cetak; pindah ~ (darah) Id pemindahan darah, transfusi darah; bertuang (yg) dicetak (drpd besi yg dicair­kan): tangga rumah emas ~, ibu tangga emas bertitik; menuang 1. mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dlm bekas: Mahat duduk dan ~ kopi ke dlm cawan; 2. melebur (logam) dgn memanaskannya: ~ bijih timah; 3. mencetak leburan besi dll ke dlm acuan (utk membentuk sesuatu): tembaga yg sudah dileburkan itu dituang dijadikan berbagai-bagai barang; adat diisi, lembaga dituang prb dilakukan menurut aturan yg biasa; menuangi 1. menuang (air, minyak, dll) ke, mengisi (cawan dll) dgn barang cair (minuman dll): menyambar-nyambar api itu bagaikan dituangi minyak kereta; ia ~ gelas­nya sendiri dan meneguknya dgn lahap; 2. menghujani (peluru, kata-kata), melepaskan (kata-kata, tembakan): di Amerika dan di Eropah Barat, kita dituangi dgn kata-kata bahawa komunis yg menjadi pokok keka­cauan; menuangkan mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dlm bekas atau acuan: kami pun ~ minuman keras itu ke dlm gelas masing-masing dan mula minum; selepas dilebur, timah itu dituangkan ke dlm acuan yg berbentuk bata; tuangan 1. (sesuatu) yg dituang; besi ~ besi tuang, besi cetak; 2. cetakan, acuan: pendek­nya sungguh cantik ~nya. ketuangan; hari ~ Ruhulkudus Id hari utk merayakan turunnya Ruhulkudus (menurut agama Kristian); penuangan perihal menuang (menuangi, menuangkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuang] | تواڠ

Definisi : bp tidak datang belajar, kerja dsb (tanpa mendapat izin guru dsb), ponteng: beberapa orang sahaja yg datang tetap ke kelas malam, yg lainnya selalu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuang] | تواڠ

Definisi : ; menuang 1 mencurahkan benda cair dr sesuatu bekas: Sesudah ~ air minuman ke dlm cawan, ia pun pergi ke dapur. 2 meleburkan logam dgn memanaskannya. 3 mencetak leburan besi dll ke dlm acuan. menuangi menuang (cecair) ke; mengisi (se­suatu) dgn cara menuang: Semua cawan di­­tuangi teh. menuangkan menuang utk orang lain. tuangan 1 apa-apa yg dituang: besi ~. 2 hasil menuang (mencetak); cetakan: blok ~. penuangan perbuatan atau hal menuang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tuang] | تواڠ

Definisi : bp tidak datang ke sekolah, ke pejabat dsb tanpa izin, tanpa alasan yg munasabah dll; ponteng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuang
Kata Terbitan : menuang, menuangkan, penuangan,

Puisi
 

Tinggi Bukit Sagumilang-milang,
     Tuang air di daun terkenang-kenang;
Budi sedikit juga kan hilang,
     Seumur hidup jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
casttuangKejuruteraanTiada2. Tuang: Proses membentuk hasilan slip atau leburan logam dengan mencurahkan slip atau leburan logam tersebut ke dalam acuan.
dump tanktangki tuangKejuruteraanTiada2. Tangki tuang: Tangki pengukur yang mengeluarkan isi padu tertentu cecair secara automatik.
plaster castingtuang plasterKesenianTiadaTeknik membuat arca tuang dengan plaster yang kemudiannya boleh digunakan untuk membuat bentuk yang sama pada gangsa atau marmar.
inoculated cast ironbesi tuang inokulatKejuruteraanTiadaBesi tuang berkualiti tinggi yang dihasilkan melalui penginokulatan.
pour testujian tuangKejuruteraanTiadaUjian untuk menentukan takat tuang.
pour depressorpenurun takat tuangKejuruteraanTiadaBahan tambah yang digunakan untuk menurunkan takat tuang minyak pelincir.
cast ironbesi tuangKesenianHiasan DalamanBesi yang dibentuk menggunakan acuan semasa cair. Besi tuang adalah keras tetapi rapuh dan sesuai untuk kerja-kerja dekorasi.
diameter orificeorifis diameterFarmasiFarmaseutikSaiz diameter corong tuang. Kadar pengaliran serbuk atau granul melalui corong tuang berkadar terus dengan diameter orifis..
cast in-situ concrete footingalas konkrit tuang di-situKejuruteraanKejuruteraan Bangunanalas konkrit yang dibina terus pada struktur binaan dengan menggunakan konkrit tuang di-situ dan acuan.
in-situ concrete slabpapak konkrit tuang di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanPapak konkrit yang dituang terus ke struktur pembinaan dengan menggunakan acuan. Papak konkrit tuang di-situ berbeza dengan papak konkrit pratuang oleh kerana ia memerlukan masa yang lebih lama ketika di tapak terutama di dalam penyediaan acuan, kerja topang, pengkonkritan dan pengawetan.
12345678910...

Kembali ke atas