tulang belakang | tulang belakang | Kesenian | Tiada | Bahan seperti buluh, nibung, bertam, batang pinang atau bahan gentian yang dibentuk untuk batang tengah wau. |
vertebratus | vertebaratus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Awan yang unsur-unsurnya tersusun menyerupai tulang belakang, tulang rusuk, atau rangka ikan. Vertebratus merupakan varieti awan yang terdapat pada genus sirus. |
back title | judul (tulang belakang) | Perpustakaan | Tiada | Tajuk yang terletak pada bahagian tulang belakang buku. Sinonim: Judul jilid, Judul kulit belakang. |
backbone | tulang belakang | Teknologi Maklumat | Tiada | Lebuh raya terpantas dalam Internet yang membawa trafik yang banyak untuk jarak jauh. Ia menawarkan titik capaian utama bagi rangkaian lain yang lebih kecil. Lihat juga Mbone, tulang belakang runtuh, penghala |
sacrum | sakrum | Veterinar | Praklinikal | Salah satu daripada lima komponen tulang belakang yang berbentuk segi tiga. Sakrum terletak di bahagian kedua terakhir dalam susunan tulang belakang. |
invertebrate (invertebrata) | invertebrat | Perubatan | Tiada | 1. Haiwan yang tidak mempunyai ruas vertebra atau tulang belakang.,2. Berkaitan tentang tidak mempunyai tulang belakang. |
NSFnet (national science foundation network) | NSFnet (rangkaian yayasan sains kebangsaan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Rangkaian tulang belakang yang ditaja dan diselaraskan oleh yayasan sains kebangsaan Amerika Syarikat. Dahulunya menjadi rangkaian tulang belakang Internet. |
atactic | ataktik | Kimia | Tiada | Molekul polimer yang atom atau kumpulan penukar gantinya tersusun secara rawak di sebelah atas atau di sebelah bawah rantai tulang belakang atom apabila rantai tulang belakang atom yang tersebut berada pada satah yang sama. |
spina bifida | spina bifida | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Kecacatan sejak lahir pada tiub neural. Spina bifida berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Kecacatan ini biasanya berlaku di bahagian bawah tulang belakang dan jarang berlaku di bahagian atas. Sekiranya kecacatan teruk yang melibatkan saraf tunjang bahagian atas, kemungkinan bayi tidak dapat hidup lama kerana lumpuh seluruh badan. |
backbone | tulang belakang | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |