pure seed | biji tulen/biji benih tulen | Pertanian | Agronomi | Biji benih tanaman yang telah dibersihkan daripada bahan-bahan lain termasuk biji benih asing dan kotoran seperti daun, batang dan tanah. Seterusnya, biji benih akan dilabel dan disahkan kebersihannya mengikut piawai ketulenan. Sinonim biji benih tulen. |
pure seed | biji tulen; biji benih tulen | Pertanian | Tiada | Tiada |
ice point | takat ais | Fizik | Haba | Titik tetap pada skala suhu ketika udara, ais tulen, dan air tulen berada dalam keseimbangan pada tekanan piawai 1 atmosfera. |
purified feed | makanan tulen | Veterinar | Tiada | Campuran bahan makanan yang terdiri daripada bahan-bahan tulen seperti kanji dan albumin untuk membekalkan sesuatu nutrien bagi tujuan kajian penilaian makanan. Bahan-bahan ini mempunyai nilai daya cerna yang tinggi. Biasanya, bahan makanan ini digunakan sebagai kawalan dalam uji kaji pemakanan untuk membandingkan nilai bahan makanan lain. Bagi tujuan membekalkan sumber tenaga, bahan-bahan seperti glukosa, kanji dan gula digunakan. Untuk sumber protein pula, bahan-bahan seperti kasein, albumin dan ekstrak protein kacang soya digunakan. Manakala untuk membekalkan asid amino terhad, asid tulen yang terdiri daripada glisina, metionina dan sistina lazimnya digunakan. |
pure risk | risiko tulen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dalam keadaan risiko tulen, tidak terdapat kemungkinan untuk mendapat keuntungan. Risiko ini berbeza dengan risiko spekulatif. |
pure line | keturunan tulen | Biologi | Genetik | Keturunan yang dihasilkan oleh proses pembiakbakaan tulen bagi gen tertentu. |
analytically pure | tulen analisis | Perubatan | Tiada | Berkenaan bahan yang sudah ditentukan secara analisis sebagai tulen. |
pure-bend loss | kehilangan lentur tulen | Kejuruteraan | Tiada | Kehilangan tenaga pada mod tulen di dalam gentian yang terlentur. |
pure line | titisan tulen | Bioteknologi | Tiada | Pembiakbakaan sebenar (homozigot) genotip atau siri generasi selanjar bagi sesuatu organisma yang sentiasa berada dalam keadaan homozigot bagi satu ciri atau lebih. Titisan tulen dihasilkan secara pembiakbakaan dalam pada haiwan, atau pendebungaan sendiri pada tumbuh-tumbuhan. |
pure rotation | putaran tulen | Mekanik | Gunaan | Gerakan yang berlaku dengan satu titik pada jasad yang berkenaan adalah tetap, iaitu titik itu tidak bergerak di ruang. Bagi gerakan satah, putaran tulen melibatkan gerakan sudut di sekitar paksi serenjang yang melalui titik tetap tersebut. |