Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pah] | تومڤه

Definisi : terkeluar, keluar dr bekasnya (benda cair, beras, dll): hendaklah kamu letakkan bekas itu perlahan-lahan supaya tidak ~ isinya; maka kedua-dua pihak itu pun banyak mati, darah pun banyak ~ ke bumi; tanah (tempat, negeri dsb) ~ darah tempat dilahirkan; ~ darah keluar darah dgn banyak­nya dr rahim (bkn perempuan yg baru bersalin, keguguran dsb), turun darah; ~-ruah tumpah banyak-banyak; menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu, mencurahkan pd; menumpahkan 1. menjadikan tumpah, menyebabkan tumpah: siapa yg ~ beras dr guni ini? 2. ki memberi (perhatian dll), mencurahkan: semua yg hadir ~ perhatian kpd Amir; 3. ki mengeluarkan atau melahir­kan (perasaan dll): dia membiarkan orang tua itu ~ segala yg terbuku di dadanya; ~ darah melakukan pembunuhan (peperangan dll); tertumpah 1. telah ditumpahkan atau tumpah: air di dlm gelas itu berkocak, malah ada yg ~ ke bawah; 2. ki telah diberikan kpd, tercurahkan: dia masuk bilangan anak-anak yg pandai, sehingga kasih sayang gurunya ~ kepadanya; 3. ki tertumpu: dia memandang ke arah daun tingkap yg ke-gelapan, tempat ~nya bayangan api pelita; tumpahan sesuatu yg tumpah (ditumpah­kan), curahan: terasa benar ~ sayang ibunya kepadanya sekali itu; ~ minyak tompokan minyak yg terapung-apung di permukaan laut, biasanya akibat drpd minyak yg tumpah dr kapal disebabkan perlanggaran dsb; ketumpahan terkena sesuatu yg tumpah: bajunya ~ kuah; pertumpahan perihal tumpah; ~ darah perihal tumpah darah (kerana peperangan, perkelahian, dll); penumpahan perihal menumpahkan, pen-curahan; ~ darah perihal menumpahkan darah (berperang, berbunuh-bunuhan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pah] | تومڤه

Definisi : terkeluar dr bekasnya (ttg benda cair atau barang yg berderai-derai). ~ darah keluar darah dgn banyaknya dr rahim (bkn perempuan yg keguguran, baru bersalin dsb). tempat ~ darah tempat dilahirkan. ~ ruah tumpah dgn banyak. menumpahi tumpah dan mengenai sesuatu; mencurahi: Air yg dibawanya ~ lantai. menumpahkan 1 menyebabkan tercurah keluar dr tempatnya: Anaknya yg nakal itu telah ~ gula ke tanah. 2 menumpukan atau mencurahkan (minat, perhatian, tenaga dll) pd sesuatu: Ia ~ segala tenaganya pd projek itu. ~ darah membunuh atau melukai. tertumpah 1 sudah tumpah atau ditumpahkan. 2 telah diberikan kpd; tercurah: Kasihnya ~ kpd anaknya. tumpahan apa-apa yg tumpah atau yg ditumpahkan. ketumpahan ter­kena sesuatu yg tumpah: Bajunya ~ kuah. pertumpahan hal tumpah: ~ darah perkelahian (peperangan dsb) yg menumpahkan darah. penumpahan perbuatan, hal dsb menumpahi atau me­num­pahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpah
Kata Terbitan : menumpahkan, tertumpah, tumpahan, penumpahan,

Puisi
 

Sayang langimut tumpah di papan,
     Daun yang lekang beragi-ragi;
Mengelimut berhadapan,
     Jika di belakang apatah lagi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi.

Bermaksud :

Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.

 

Lihat selanjutnya...(14)

1

An apple doesn't roll far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that an apple doesn't roll far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beras tumpahberas tumpahKesenianTiadaCorak batik berunsur benda bermotif butir beras. Sinonim: butir beras.
oil slick patterncorak tumpah minyakKesenianTiadaCorak yang menyerupai pola tumpahan minyak.
runoffmelorotPertanianAgronomi

 Keadaan cecair tumpah keluar dari bekas, tanah atau saluran. Contohnya, air yang berlebihan melorot melalui permukaan tanah yang keras dan tiada tumbuhan semasa hujan lebat. Sekiranya ada tumbuhan, lorotan kurang berlaku kerana air telah meresap ke dalam tanah.

oil spilltumpahan minyakKejuruteraanPetroleumKuantiti minyak yang bocor dan tumpah ke permukaan bumi atau ke permukaan air. Biasanya kebocoran ini berlaku semasa minyak tersebut dalam proses pengangkutan atau dalam talian aliran dari satu tempat ke tempat yang lain. pengangkutan umumnya ialah kapal tangki, lori tangki atau talian paip.
displaced personorang tersingkirSejarahTiadaOrang-orang yang tersingkir, dari tanah tumpah darahnya sebelum dan sewaktu Perang Dunia II, termasuklah yang dipaksa keluar dari negara asal mereka khususnya orang Yahudi Jerman yang dihalau keluar dari Jerman sewaktu pemerintahan Hitler.
butir berasbutir berasKesenianTiadaCorak batik berunsur benda bermotif butir beras. beras tumpah
Pamor Beras WutahPamor Beras WutahKerisTiadaPamor yang mempunyai corak yang berbentuk seperti beras tumpah.
poultry littersarap poltriVeterinarTiadaSisa buangan dalam kandang poltri terutamanya bagi ayam yang dipelihara di atas lantai aras tanah. Sisa ini mengandungi campuran najis, makanan yang tumpah, bulu dan bahan sarap seperti habuk papan dan sekam padi. Bahan ini mengandungi nitrogen yang agak tinggi iaitu 13-16% dan boleh dijadikan sebagai sumber makanan ternakan ruminan apabila dikeringkan dan dibasmi kuman. Bahan ini juga sering digunakan sebagai baja tanaman.
fairness biasbias kesaksamaanPsikologiPsikologi UmumBias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah.

Kembali ke atas