direct action | tindakan langsung | Sosiologi | Tiada | 1. Tindakan untuk mencapai sesuatu maksud secara terus dengan menggunakan cara yang paling berkesan.,2. Tindakan mogok yang diambil oleh pekerja sebagai cara untuk mendapatkan layanan terhadap tuntutan-tuntutan mereka. |
unallocated claim | belanja tuntutan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perbelanjaan penyelarasan tuntutan yang tidak boleh dicaj secara khususnya kepada sebarang tuntutan. Contoh: gaji pekerja dan belanja pejabat bagi Jabatan Tuntutan tidak boleh diambil kira. |
runoff statement | kenyataan terus tanggung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penyata berhubung dengan tuntutan belum dibayar yang membandingkan jumlah yang dirizab untuk penyelesaian tuntutan dengan kos penyelesaian tuntutan sebenar. |
claims cooperation clause | fasal kerjasama tuntutan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal dalam triti reinsurans yang menyediakan notis awal tentang kemungkinan tuntutan dan kerjasama dalam pembelaan tuntutan yang memberi kesan kepada reinsurer serta menetapkan bahawa insurer tidak boleh menerima liabiliti tuntutan tersebut tanpa persetujuan reinsurer. |
premature claims | tuntutan pramatang | Undang-undang | Tiada | Tuntutan yang dibuat oleh seseorang sebelum hak untuk membuat tuntutan itu wujud dengan jangkaan bahawa haknya akan tergugat. |
claim expense | belanja tuntutan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perbelanjaan bagi menyelaraskan tuntutan untuk mengambil kira kos siasatan dan fi guaman. Ini tidak termasuk kos tuntutan berkenaan. |
claim sharing agreement | perjanjian kongsi tuntutan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Perjanjian di antara dua insurer harta dan liabiliti yang menetapkan bahawa jika terdapat tuntutan yang melibatkan kedua-dua insurer yang mewakili pihak yang berlainan maka tuntutan sedemikian boleh dibahagikan di antara mereka atas asas tertentu yang ditetapkan tanpa mengambil kira tahap tanggungjawab dari segi undang-undang untuk pemegang polisi yang berkaitan. |
maximum disability policy | polisi hilang upaya maksimum | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans pendapatan hilang upaya tidak boleh batal yang mengehadkan liabiliti insurer bagi setiap tuntutan, tetapi tidak mengehadkan amaun agregat bagi semua tuntutan. Dalam lain perkataan, bagi setiap satu tuntutan terdapat satu amaun maksimum, tetapi mungkin terdapat banyak bilangan tuntutan yang berasingan bagi setiap keadaan hilang upaya. |
death claim | tuntutan kematian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tuntutan kerugian berikutan kematian insured seperti yang terkandung di dalam kontrak insurans. |
antecedent claim | tuntutan sebelumnya | Undang-undang | Tiada | Tuntutan yang telah wujud pada suatu tarikh tertentu. |