Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conversational stylegaya bicaraKomunikasiTiadaCara penyampaian yang digunakan oleh seseorang. Contohnya, seorang juruhebah yang baik perlu mempunyai cara menyampaikan mesej yang berkesan dan dapat bercakap seolah-olah pendengar atau penonton turut bersama-sama dengannya.
co-sponsorpenaja bersamaKomunikasiKorporatPendekatan aktiviti penajaan untuk sesuatu acara, kempen, atau projek yang dilakukan secara bersama oleh beberapa syarikat. Penaja bersama juga boleh menanggung kos keseluruhan secara perkongsian. Setiap syarikat boleh menyumbang sesuatu bahagian perbelanjaan aktiviti yang ditaja. Jenis penajaan yang kerap digunakan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum dan pengangkutan, atau menguruskan perolehan tetamu, artis dan pakar yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Pendekatan penaja bersama turut diamalkan dalam aktiviti penajaan iklan dalam media cetak atau elektronik.
Management By Objective (MBO)Pengurusan Berdasarkan ObjektifPengurusanPerancanganSalah satu teknik pengurusan yang melibatkan perbincangan dua hala antara pengurus dengan pekerja dalam merancang matlamat bersama dan berusaha untuk mencapai objektif tersebut. Selain memberikan peluang kepada pekerja untuk turut serta dalam menetapkan objektif, teknik ini juga membolehkan keberhasilan matlamat yang lebih fokus dan meningkatkan motivasi pekerja. Pelaksanaan Pengurusan Berdasarkan Objektif turut membantu proses pemantauan pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan dan penilaian prestasi pekerja yang lebih telus.
musyarakah contractakad musyarakahEkonomiEkonomi IslamAkad yang membolehkan pemilik modal (rabbul mal) dan pengusaha (mudarib) secara bersama menyediakan modal pembiayaan projek mengikut nisbah yang dipersetujui. Pemilik modal berhak turut sama menyelia dan mengurus projek bagi memastikan dana digunakan secara cekap. Keuntungan dan kerugian daripada projek akan dibahagikan antara pemilik modal dengan pengusaha mengikut kadar nisbah yang dipersetujui bersama. Pemilik modal boleh melupuskan sebahagian pemilikannya kepada pengusaha secara beransur-ansur sehingga akhirnya projek berkenaan menjadi milik pengusaha sepenuhnya. Akad sebegini dikenali sebagai musyarakah mutanaqisah.
customs unionkesatuan kastamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAturan perdagangan serantau yang menyeragamkan sekatan perdagangan terhadap import dari negara bukan anggota. Terdapat kesatuan kastam yang hanya menyeragamkan kadar tarif seperti Pasaran Bersama Selatan (MERCOSUR). Terdapat juga kesatuan kastam yang turut menyeragamkan sekatan bukan tarif seperti Komuniti Eropah menerusi Dasar Komersial Bersama. Penyeragaman sekatan bukan tarif merupakan langkah awal ke arah penubuhan pasaran bersama.
disk jacketjaket cakeraKomputerTiadaSampul kertas atau plastik perlindungan yang digunakan untuk membalut cakera. Jaket ini tidak pernah dibuka dan turut dimasukkan ke dalam pemacu cakera bersama cakera. Tingkap kecil pada jaket membolehkan kepala baca/tulis pemacu membaca data pada cakera.
full-run sponsorshippenajaan halaman penuhKomunikasiKorporatSalah satu jenis penajaan ruang akhbar atau majalah. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Kos keseluruhan penajaan halaman penuh biasanya ditanggung oleh sebuah syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini syarikat berhak terhadap halaman akhbar atau sesuatu keluaran majalah yang ditaja. Syarikat ini juga berhak menentukan kedudukan halaman untuk penerbitan iklannya. Terdapat juga penaja halaman penuh yang berpengaruh dalam menentukan nilai dan pengisian kandungan halaman yang ditaja. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya diisi dengan berita atau kandungan yang mempunyai pengaruh atau dijangka boleh mendapat perhatian masyarakat. Dalam kedudukan sebegini, pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan sidang media mengenai isu atau penerbitan yang ditaja bersama pihak penerbit. Halaman atau penerbitan yang ditaja penuh biasanya bertepatan dengan sesuatu peristiwa utama negara atau hari-hari signifikan kepada organisasi dan dunia. Penaja hal
full-program sponsorshippenajaan program penuhKomunikasiKorporatSalah satu jenis penajaan penyiaran rancangan radio dan televisyen. Jenis penajaan lain ialah penajaan separuh dan penajaan bersama. Program penajaan penuh dilakukan sepenuhnya oleh syarikat pengiklanan secara bersendirian. Melalui kaedah ini, syarikat mempunyai hak terhadap ruang masa siaran dan kedudukan siaran iklan. Adakalanya, pihak agensi pengiklanan mempunyai pengaruh dalam menentukan pengisian kandungan rancangan yang ditaja. Rancangan yang ditaja penuh biasanya terdiri daripada rancangan yang mendapat sambutan atau dijangka mendapat sambutan baik oleh khalayak. Pihak penaja penuh kadangkala turut bertanggungjawab untuk membantu menguruskan majlis sidang media mengenai rancangan yang ditaja penuh biasanya disiarkan pada masa perdana. Para penaja kerap terdiri daripada syarikat multinasional dan syarikat besar yang lain.
commutatorpenukar tertibTeknikElektrikKomponen dalam angker atau pemutar mesin yang menukarkan arah arus di dalam sebarang litar. Peranti ini berbentuk silinder yang terdiri daripada susunan ruas-ruas palang logam bertebat di antara satu sama lain. Penghujung setiap belitan angker akan disambungkan pada palang-palang tersebut.. bekalan masuk atau keluar dari mesin ini akan diperoleh melalui berus dan penukar tertib. Penukar tertib ini dipasang pada aci berhampiran dengan angker dan turut berputar bersama-sama angker.
introduction (speech)pengenalan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian ketiga dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian kata sapaan dan bahagian kata penghormatan. Pengenalan merupakan kata-kata yang diucapkan sebagai mukadimah atau bahagian awal kandungan utama ucapan oleh seorang pengucap. Kandungan pengenalan sesuatu ucapan biasanya mengandungi kata-kata yang bertujuan untuk mendekatkan diri pengucap dengan khalayak supaya kehadirannya dapat dihberi perhatian dan mengelakkan berlakunya jurang komunikasi, serta meningkatkan kesan interaksi kedua-dua pihak. Antara kandungan pengenalan termasuklah ucapan terima kasih kerana dijemput menghadiri acara dan kerana sambutan baik khalayak. Selain itu, pengucap juga melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama khalayak dan turut mengiktiraf kepentingan khalayak kepada acara tersebut. Pengucap juga biasanya turut memberikan pujian kepada suasana dan persekitaran acara. Penyusunan kandungan teks dalam bahagian ini perlu diberi perhatian dan dipantau oleh eksekutif perhubungan awam.
12

Kembali ke atas