Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuturan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
language spokenbahasa tuturanSosiologiTiadaTiada
discoursewacanaKesusasteraanPuisiKeseluruhan tuturan atau ujaran yang merupakan kesatuan fikiran yang lengkap. Pantun di bawah merupakan satu wacana yang lengkap. Pisang emas dari Bentan, Pisang lidi bertanding-tandingan; Hutang emas dibalas intan, Hutang budi tiada bandingan.
idiolectidiolekKesusasteraanPuisiKata ucapan atau tuturan yang diungkapkan dalam baris atau rangkap-rangkap sesebuah puisi. Lazimnya mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini dapat dikesan apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan.
maximlidah pendetaKesusasteraanPuisiKata atau diksi yang terungkap dalam sesuatu baris, rangkap atau keseluruhan sesebuah puisi yang merupakan tuturan yang diucapkan oleh seseorang cendekiawan. Kata atau diksi yang diungkapkan itu boleh menjadi nasihat dan panduan hidup. Gurindam dapat digolongkan sebagai lidah pendeta. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional. Kurang fikir, kurang siasat, tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajarn jika dilepas, ibarat beringin racun dan upas.
reading noticesiklan beritaKomunikasiKorporatSalah satu kaedah pengiklanan yang menggunakan media massa. Melalui kaedah ini, mesej iklan tentang sesuatu barangan ditulis dan dipersembahkan dalam bentuk berita, rencana, atau rancangan radio atau televisyen. Kandungan bahan atau mesej dijelaskan dengan memasukkan unsur yang berkaitan isu atau masalah masyarakat. Jenis dan saiz huruf yang dipilih juga sama atau hampir sama dengan jenis dan saiz huruf yang digunakan dalam penulisan berita atau rencana di halaman berita atau rencana tersebut. Imej penarik yang digunakan dalam iklan berita biasanya menonjolkan personaliti yang memberikan tumpuan kepada isu atau masalah barangan. Contohnya, kaedah iklan ini kerap digunakan oleh pengedar jualan langsung di televisyen. Pengedar ini menyediakan rancangan khas untuk memuatkan mesej barangan keluarannya. Melalui media elektronik, mesej ditulis dan diterbitkan seperti salah satu genre televisyen sama ada drama atau tuturan. Selepas itu, pihak pengeluar atau pengedar akan membeli ruang khas di televisyen untuk menyia

Kembali ke atas