mode | cara | Sosiolinguistik | Tiada | Perantara bagi aktiviti berbahasa yang menentukan bentuk bahasa yang bakal digunakan dalam satu-satu situasi. Contoh bahasa ucapan lawan bahasa penulisan, format bahasa (seperti akhbar, puisi dan lain-lain). |
laconic style | gaya lakonik | Komunikasi | Tiada | Gaya bahasa dalam bidang penulisan atau ucapan yang menggunakan kata-kata singkat tetapi mempunyai maksud yang luas. |
zikir | zikir | Muzik | Tiada | Ucapan lisan atau ungkapan untuk mensyukuri nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepada manusia. Zikir ialah amalan untuk mentaati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Zikir boleh disebut dengan suara yang kuat atau suara yang lembut. Zikir dalam bahasa Arab bermaksud menyebut, menutur dan perbuatan baik. |
formula | formula | Kesusasteraan | Tiada | Frasa yang disusun dalam bentuk struktur tetap yang diulang dalam pengucapan harian sebagai sebahagian daripada ritual atau tatacara sosial. Formula juga merujuk kepada susunan perkataan yang diulang dalam bentuk, sukatan baris, dan isi yang identikal dalam sesebuah karya lisan, terutamanya dalam puisi naratif. Contohnya, puisi epik Home. Formula terdiri daripada pernyataan atau frasa kodi yang menjadi rujukan bersama oleh pengarang atau pencerita lisan. Bentuknya yang tetap dan bersukat menjadikan formula mudah dihafal dan diingat. Formula termasuklah frasa tetap untuk ucapan alu-aluan atau perpisahan, tahniah atau takziah. Dalam budaya tulisan, formula jelas terdapat dalam surat kiriman. Dalam kajian lisan, konsep formula mula diperkenalkan oleh Parry-Lord (1920 � 1960) ketika beliau mengkaji puisi Homer. Formula membantu proses penciptaan dan penyampaian lisan. Bahasa yang menggunakan formula disebut sebagai berungkapan tetap atau formulaik. Dalam tradisi lisan Melayu, formula digunakan untuk merujuk kep |