horizon distance (particle horizon) | jarak ufuk/ufuk zarah | Matematik | Tiada | Seluruh jarak yang boleh direntasi oleh isyarat cahaya sejak mula alam semesta, dan oleh sebab itu jarak maksimum yang dapat dilihat dalam model kosmos. |
radio horizon | ufuk radio | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Lokus pada titik-titik tempat sinaran terus pemancaran radio bertangen dengan permukaan bumi. Ufuk radio mengunjur ke bawah ufuk tampak dan ufuk geometri akibat pembiasan atmosfera normal. Ufuk radio berkurangan akibat perambatan piawai digantikan oleh perambatan subpiawai atau bertambah akibat perambatan adipiawai. |
horizon dip | junaman ufuk | Matematik | Tiada | Sudut yang terbentuk daripada garis ufuk dari mata pencerap dengan tangan ke permukaan bumi, yang merupakan perbezaan antara ufuk tampak dengan ufuk sebenar. |
dip of horizon | junaman ufuk | Matematik | Tiada | Sudut yang dibuat oleh garis ufuk dari mata pencerap dengan tangan ke permukaan bumi yang merupakan perbezaan antara ufuk tampak dengan ufuk sebenar. |
haze horizon | ufuk jerebu | Sains | Hidrometeorologi | Bahagian atas lapisan jerebu yang dibataskan oleh pembalikan suhu aras rendah dan tampak seperti ufuk apabila dilihat dari atas dan berlatarbelakangkan langit. Dalam keadaan ini, ufuk yang sebenar biasanya dikaburi oleh lapisan jerebu. |
haze horizon | ufuk jerebu | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Bahagian atas lapisan jerebu yang dibataskan oleh songsangan suhu aras rendah, dan tampak seperti ufuk apabila dilihat dari atas dengan berlatar belakangkan langit. Dalam keadaan ini, ufuk yang sebenar biasanya dikaburi oleh lapisan jerebu. |
true horizon | ufuk sebenar | Fizik | Optik | Sempadan satah ufuk yang melalui titik penglihatan atau pusat pandangan bagi sistem kanta. |
horizon scanner | pengimbas ufuk | Aeroangkasa | Tiada | Alat untuk mencari ufuk secara automatik bagi menentukan atitud pesawat. |
fundamental circle | bulatan asasi | Matematik | Tiada | Satah buatan gedang yang diandaikan sebagai mengufuk dan sistem itu dinamai dengan andaian yang seperti itu dalam sistem koordinat, misalnya ufuk samawi dalam sistem ufuk, khatulistiwa samawi dalam sistem khatulistiwa, dan sebagainya. |
horizontal level | aras ufuk | Matematik | Tiada | Aras yang selari dengan ufuk. |