three-phase alternating current | arus ulang-alik tiga fasa | Teknik | Elektrik | tiga arus ulang-alik yang terpisah 120 darjah elektrik, atau satu per tiga kitar antara satu sama lain. arus ini mempunyai nilai frekuensi yang sama. pada sesuatu ketika satu daripada arus ini mencapai maksimum dan dua arus lain pula mempunyai separuh nilai maksimumnya pada arah yang bertentangan. |
alternate current motor | motor arus ulang-alik | Teknik | Elektrik | Motor yang menggunakan bekalan arus ulang-alik untuk kendaliannya. |
alternating gradient accelerator | pemecut cerun ulang-alik | Kejuruteraan | Tiada | Pemecut bertenaga tinggi yang menggunakan pemfokus kecerunan ulang-alik. |
alternating gradient focusing | pemfokusan cerun ulang-alik | Kejuruteraan | Tiada | Pemfokusan dalam pemecut tenaga tinggi berdasarkan kecerunan medan magnet secara ulang-alik bagi mengelakkan rebakan alur. |
amplitude | amplitud | Teknik | Elektrik | nilai tertinggi setiap kitar fungsi bekalan, seperti arus ulang-alik dan volt arus ulang-alik. |
impedance | galangan | Teknik | Elektrik | Jumlah tentangan terhadap arus ulang-alik dalam sesuatu litar arus ulang-alik, yang mungkin terdiri daripada perintang, pemuat, atau pengaruh. Galangan dinyatakan dalam unit ohm dan ditakrifkan sebagai nisbah kompleks V/I. Simbol Z. |
polyphase system | sistem polifasa | Teknik | Elektrik | Sistem pengagihan arus ulang-alik yang mengandungi dua fasa arus ulang-alik atau lebih yang digabungkan bersama pada sudut fasa yang berbeza-beza. |
shuttle vector | vektor ulang-alik | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Vektor pengklonan yang biasanya membawa dua tapak permulaan replikasi bagi membolehkannya bereplikasi dalam lebih daripada satu sel perumah. Contohnya, vektor ulang-alik Ti plasmid (mengaruh tumor) yang bereplikasi dalam Escherichia coli dan sel Agrobacterium tumefaciens. Lihat juga sistem vektor dedua. |
three-phase | tiga fasa | Teknik | Elektrik | Berkaitan dengan sistem bekalan arus ulang-alik yang mempunyai gabungan tiga voltan ulang-alik. Setiap fasa terpisah di antara satu dengan yang lain sebanyak 120∞ atau 1/3 kitar. |
ringing current | arus deringan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Arus ulang-alik (yang mungkin tertindih pada arus terus_ untuk penderingan telefon.,2. Voltan arus ulang-alik, 75 ke 105 volt, 20 Hz, yang dibekalkan oleh pejabat pusat untuk menderingkan loceng pelanggan. |