Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ununMuzikTiada

Un bermaksud satu. Contohnya, una corda yang bermaksud satu tali dan merupakan arahan kepada pemain piano supaya memijak pedal di sebelah kiri sekali.

un peu (F)sedikitKesenianTiadaTiada
un-ionisedtak berionKimiaTiadaTiada
UN specialized agencywakil khas BBPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
UN Protection Force (UNPROFOR))Pasukan Perlindungan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPasukan perlindungan yang asalnya ditubuhkan untuk menyelia genjatan senjata Serbia-Croatia pada tahun 1992 dan misinya merangkumi kawasan Bosnia. Pasukan ini merupakan gabungan beberapa negara seperti Perancis, Britain, Sepanyol dan Belanda. Pasukan ini tidak berkesan kerana undang-undang yang menerangkan kepada tentera masa dan cara mereka boleh menembak balas adalah lemah dan kabur. Akibatnya pasukan ini tidak diendahkan dan menjadi bahan ketawa pasukan Serbia-Bosnia. Pada tahun 1995, askar Serbia telah membunuh ramai orang awam Islam di Sebrenica di depan pasukan Belanda UNPROFOR yang hanya melihat dan tidak mampu berbuat apa-apa. RO E bagi UNPRO FOR tidak menghendaki pasukan ini berperang dan askar Serbia telah mengambil kesempatan atas kelemahan ini dengan meneruskan keganasan mereka. Peranan UNPROFOR ini akhirnya diambil alih oleh IFOR di bawah NATO pada tahun 1996. Sinonim UNPROFOR.
UN Protection ForceUNPROFORSains PolitikHubungan AntarabangsaLihat Pasukan Perlindungan Bangsa-Bangsa Bersatu.
UN-UPU agreementperjanjian UN-UPUPentadbiran PerniagaanTiadaPersetujuan bersama antara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan UPU dalam hal yang berkaitan dengan urusan pos.
kun qu (k'un ch'u)kun qu (k'un ch'u)MuzikTiada

 Opera yang berasal dari bandar Kunshan di wilayah Kiangsu, China, pada abad ke-16. Opera ini popular dalam kalangan golongan bangsawan pada Zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing. Penyanyi menggunakan suara falsetto dan diiringi alat dizi, xiao, pipa dan sheng.

bank unseru bankPentadbiranTiadaPengeluaran deposit secara terburu-buru dari bank kerana khabar angin tentang masalah perbankan.
United Nations (UN)Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang ditubuhkan selepas Piagam PBB ditandatangani pada tahun 1945. Sehingga kini, PBB dianggotai oleh lebih kurang 200 buah negara. Matlamat penubuhannya adalah untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta menyelesaikan masalah ekonomi, sosial dan politik melalui kerjasama antarabangsa. Pertubuhan ini juga bertujuan untuk menggalakkan rasa hormat dan prihatin terhadap hak asasi manusia. Ibu pejabatnya terletak di New York dan pertubuhan ini diketuai oleh Setiausaha Agung. Pertubuhan ini bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, dan dipegang oleh Majlis Keselamatan PBB yang mempunyai ahli tetap dan tidak tetap. Perhimpunan Agung PBB yang bersidang pada setiap tahun merupakan forum perbincangan bagi seluruh anggota pertubuhan ini dan setiap anggota mempunyai hak yang sama untuk bersuara. Sinonim PBB.
12

Kembali ke atas