Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : NS pembesar adat yg empat di Negeri Sembilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pembesar adat yg empat di Negeri Sembilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undang
Kata Terbitan : mengundang, pengundang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
war crimejenayah perangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan yang melanggar undang-undang atau kelaziman perang oleh seseorang atau beberapa orang, negara dan sebagainya. Kategori jenayah yang dilakukan termasuklah pembunuhan, penganiayaan atau pengusiran penduduk awam di wilayah yang diduduki, pembunuhan atau penganiayaan tawanan perang, pembunuhan tebusan, pemusnahan sewenang-wenang terhadap bandar, pekan dan kampung, dan sebarang pembinasaan yang tidak berasaskan keperluan ketenteraan. Pelaku jenayah perang ini disebut sebagai penjenayah perang. Undang-undang yang berkaitan dengan jenayah perang antarabangsa antara lainnya ialah The Hague Convention V Respecting the Rights and Duties of Neutral Powers and Persons in Case of War on Land 1907, Geneva Protocol for the Prohibition of the Use in War of Asphyxiating, UN Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide 1948, dan Geneva Convention III Relative to the Treatment of Prisoners of War 1949.
combatantpenempurUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrang-orang yang menyertai pertempuran atau medan peperangan secara langsung. Golongan penempur boleh terdiri daripada angkatan bersenjata rasmi dari sesebuah negara, tentera sukarela dan gerakan tentangan terancang seperti gerila. Apabila penempur tertangkap oleh pihak musuh, mereka dianggap sebagai tawanan perang dan perlu dilindungi sebagaimana yang ditetapkan dalam Konvensyen Geneva III 1949. Tugas penempur adalah untuk bertempur dan mara ke medan peperangan. Sekiranya perlu, penempur harus melukakan, menghancurkan, melakukan tindakan ketenteraan lain atau membunuh kerana sekiranya mereka tidak berbuat sedemikian, maka merekalah yang akan menjadi sasaran serangan musuh. Dalam peperangan, semua orang yang berada dalam golongan penempur akan menjadi sasaran atau objek serangan. Apabila seorang penempur membunuh penempur lain dari pihak musuh, maka perbuatan tersebut bukan dianggap sebagai tindakan yang melanggar undang-undang.
reciprocity principlesprinsip persalinganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKaedah yang mewajibkan negara penerima hak atau faedah daripada sesuatu perjanjian untuk memberikan hak atau faedah yang sama kepada negara pemberi. Contohnya, apabila negara A menyertai Konvensyen Geneva III berkaitan layanan terhadap tawanan perang, dan kemudiannya terbabit dalam konflik bersenjata dengan negara B yang turut menyertai konvensyen yang sama. Negara A akan melayan tawanan perang dari negara B dengan baik mengikut peruntukan konvensyen tersebut kerana negara B juga dikehendaki oleh konvensyen untuk melayan tawanan perang dari negara A dengan baik. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan undang-undang perang Islam seperti yang ditunjukkan oleh Salahuddin al-Ayubi. Walaupun tentera salib membunuh tawanan perang Muslim, beliau telah melayan tawanan perang Kristian dengan baik, tidak memaksa mereka memeluk agama Islam, dan membenarkan mereka ditebus untuk bebas. Al-Quran dan Sunnah memerintahkan Muslim melayan tawanan perang dengan baik, walaupun musuh tidak melakukan perkara ya
constitutional amendmentpindaan perlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Satu proses untuk mengubah dan menyesuaikan undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara berdasarkan keadaan dan perkembangan semasa. Perlembagaan biasanya dipinda dengan tujuan untuk menambah atau memansuhkan sesuatu peruntukan yang dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan rakyat. Pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat di Parlimen bagi peringkat persekutuan dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi peringkat negeri. Dalam konteks Malaysia, berdasarkan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu, (i) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja, (ii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak, (iii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan (iv) Dengan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen.

Justice of PeaceJaksa PendamaiPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik khas oleh Raja bagi memelihara keamanan dalam masyarakat. Bidang kuasa beliau tertakluk kepada undang-undang negara dan peruntukan kuasa yang diberikan kepadanya. Individu yang dilantik ini merupakan tokoh yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan dihormati. Ia menjadi rujukan kepada pihak tertentu dalam masyarakat terutamanya untuk menyelesaikan pertikaian. Kebanyakan Jaksa Pendamai dilantik di kalangan majistret yang biasa mengadili kes orang ramai. Jawatan ini berasal dari United Kingdom sejak tahun 1361 apabila King Edward III melantik orang ternama di setiap mukim bagi memelihara keamanan di tempat berkenaan. Singkatan JP.

comparative public administrationpentadbiran awam perbandinganPentadbiranPentadbiran Awam

Pendekatan silang budaya bagi pengajian pentadbiran awam. Pendekatan ini menegaskan lima perkara penting iaitu (i) pembinaan teori (ii) gesaan bagi aplikasi praktikal (iii) sumbangan sampingan yang lain bagi memperluaskan bidang pentadbiran perbandingan (iv) kepentingan penyelidik terlatih dalam undang-undang pentadbiran tradisional dan (v) analisis bandingan masalah yang sedang berlaku. Prinsip utama kepada pendekatan ini ialah ‘pengetahuan untuk pengetahuan’. Pendekatan ini menolak teori pentadbiran awam Amerika Syarikat yang berasaskan “prinsip ialah prinsip”. Ini kerana pendekatan tersebut mengandaikan bahawa pengaruh budaya tidak memberikan sebarang kesan kepada hal ehwal pentadbiran.

takaful actakta takafulEkonomiEkonomi IslamAkta yang memperuntukkan peraturan dalam perniagaan takaful. Akta ini dikanunkan di Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 1984. Tujuan akta ini diwartakan adalah untuk membolehkan Bank Negara Malaysia menyusun dan menyelia syarikat pengendali takaful supaya mematuhi prinsip syariah dan undang-undang negara. Pada dasarnya, akta tersebut mengandungi 68 seksyen di bawah empat bahagian utama, iaitu: i. Persediaan. ii. Pengendalian Perniagaan Takaful. iii. Pulangan, Penyiasatan, Penutupan dan Pemindahan Perniagaan. iv. Pelbagai dan Am. Kesemua syarikat pengendali takaful di Malaysia tertakluk kepada Akta Takaful 1984.

Kembali ke atas