Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tut] | اونتوت

Definisi : 1. penyakit bengkak pd kaki (kerana kurang makan, menderita penyakit beriberi, dll); 2. (Ubat) penyakit yg menyebabkan anggota badan, terutamanya kaki, membengkak dan kulit menjadi tebal akibat jangkit­an cacing filaria, sakit gajah, elefantiasis; harapkan si ~ menggamit, kain koyak diupahkan prb percaya kpd orang yg malas; kaki ~ dipakaikan gelang prb maksud hendak mem­perelok tetapi menjadi bertambah buruk; lain yg bengkak, maka yg bernanah lain, yg ~ lain, yg mengisut lain prb lain yg bersalah, lain yg kena hukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tut] | اونتوت

Definisi : 1 penyakit bengkak pd kaki kerana kurang memakan makanan berzat. 2 penyakit bengkak kaki kerana sj kuman; sakit gajah, Elephantiasis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata untut

Peribahasa

Kaki untut dipakaikan gelang.

Bermaksud :

Maksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elephantiasisuntutPerubatanTiadaLihat elefantiasis.
elephantiasiselefantiasis/untutPerubatanTiadaPenyakit edema kronik yang melibatkan anggota badan. Penyakit ini disebabkan jangkitan cacing filaria.
barrel-buttedpangkal untutPerhutananTiadaTiada
bottle-buttedpangkal untutPerhutananTiadaTiada
filariasisfilariasisPerubatanTiadaInfeksi oleh cacing filaria yang biasanya melibatkan sistem limfa, kulit dan tisu subkutis. Kehadiran cacing filaria dewasa di dalam sistem limfa menyebabkan inflamasi berulang-ulang dan seterusnya menyebabkan fibrosis dan penyumbatan sistem tersebut. Keadaan ini mengakibatkan edema kronik dan penyakit untut. Kehadiran anak cacing filaria (mikrofilaria) di dalam darah membantu diagnosis dan juga penting dari segi penularan penyakit ini oleh nyamuk.
elephantiasiselefantiasisPerubatanTiadaPenyakit kronik yang disebabkan oleh infeksi cacing filaria yang mengakibatkan inflamasi dan penyumbatan pembuluh limfa dan hipertrofi kulit serta tisu subkutis. Bahagian tubuh yang lazim terlibat ialah anggota bawah dan genitalia. Istilah ini juga digunakan untuk sebarang keadaan yang mengakibatkan hipertrofi dan penebalan tisu. Sin: untut

Kembali ke atas