passive bearer | pewaris pasif | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang kurang bergiat dalam menyampaikan tradisi lisan. Contoh: pemantun yang menggunakan pantun dalam upacara-upacara tertentu sahaja. |
bard | bard | Sejarah | Tiada | 3. Penyair dan juga penyanyi suku kaum biasanya di dalam sejarah Celt purba yang menggubah dan mendeklamasikan karya dalam upacara-upacara tertentu. |
consecrate | takdiskan | Sejarah | Tiada | Perbuatan melantik seseorang memegang satu jawatan melalui satu upacara tertentu biasanya upacara yang berkaitan jawatan keagamaan. |
main puteri | main puteri | Kesusasteraan | Tiada | Upacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanum |
service | service | Muzik | Tiada | Upacara liturgi dalam gereja Kristian yang terdiri daripada upacara sembahyang, nyanyian dan balasan jemaah. Service juga merujuk kepada gubahan kantikel yang digunakan dalam upacara sembahyang matins, evensong dan perjamuan suci. |
aak | aak | Muzik | Tiada | Muzik dalam upacara keagamaan istana di Korea yang berasaskan muzik Cina, iaitu muzik dalam upacara Confucius. Alat muzik asas terdiri daripada piri (aerofon dua rid), tae keum (flut), alat dram, alat tali dan set batu yang dilaraskan. Muzik upacara Confucius ini dipersembahkan dalam bentuk instrumental. Aak bermaksud muzik yang anggun. |
dalmatic | jubah dalmatik | Kesenian | Tiada | Jubah longgar berlengan panjang dan lebar, dihias dengan dua trimin jalur bercorak memanjang bahagian kiri dan kanan hadapan. Pakaian upacara rasmi gereja dan upacara pertabalan raja-raja Inggeris di England. |
opening ceremony | upacara pembukaan | Komunikasi | Tiada | Upacara yang dilangsungkan semasa majlis perasmian sesuatu projek atau kegiatan. |
beduan | beduan | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Watak perantara yang boleh berbicara dengan makhlukhalus yang meresap ke dalam tubuh Tok Halak atau bomoh dalam persembahan tarian ritual orang asli yang dipanggil sewang. Upacara sewang merupakan satu upacara berbentuk ritual perubatan yang bertujuan mengubati penyakit yang disebabkan oleh semangat jahat. 2. Pemain ensembel muzik yang menggunakan alat daripada jenis tabuh. Beduan memukul gendang dengan jari sambil menyanyi dengan menghalakan muka ke dalam gendang atau rapat ke tepi gendang. Beduan biasanya mengiringi majlis kenduri atau majlis sambutan tertentu. Beduan hanya terdapat di Perlis dan Kedah. |
Chora | koral | Muzik | Tiada | Him dalam upacara gereja Protestan Jerman. Martin Luther (1483-1546) telah membentuk semula pertubuhan gereja Protestan Jerman. Beliau telah memperkenalkan him dalam upacara di gereja dan telah banyak menulis teks dan melodi koral. Contoh koral Martin Luther ialah Ein' feste Burg ist unser Gott. |