Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usb


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
USB (universal serial bus)USB (bas bersiri sejagat)Teknologi MaklumatTiadaAntara muka pasang dan main yang menghubungkan komputer dengan persisian, papan kekunci, tetikus, kamera digital, projektor LCD dan lain-lain. Bas ini menyokong kelajuan data sehingga 12 Mbps dan juga menyokong sehingga 127 peranti yang disambung dalam bentuk rangkaian daisi.
dongledongelTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAlat elektronik yang dipasang pada port penyambung komputer seperti port bersiri, selari atau USB yang mengandungi nombor siri, kekunci dan sebahagian atau keseluruhan algoritma penyahsulitan. Alat ini membolehkan suatu sistem komputer atau perisian terlindung digunakan oleh pengguna yang sah. Dongel merupakan alat untuk mencegah cetak rompak perisian.
external hard diskcakera keras luaranTeknologi MaklumatTiadaPeranti media storan cakera keras mudah alih yang tidak disepadukan di dalam kasing komputer tetapi berada di luar dan disambungkan ke komputer dengan menggunakan kabel tertentu seperti kabel USB atau kabel selari. Kegunaannya adalah seperti cakera liut iaitu mudah alih namun saiz storannya jauh lebih besar bagi membolehkan atur cara dan data komputer dipindahkan atau digunakan pada mana-mana komputer lain dengan mudah. Lihat cakera keras.
software driverpemacu perisianTeknologi MaklumatPerisianAtur cara komputer yang membolehkan atur cara komputer aras tinggi berinteraksi dengan peranti perkakasan tertentu. Satu pemacu biasanya berkomunikasi dengan peranti melalui bas komputer atau subsistem komunikasi yang dihubungkan dengan perkakasan tersebut. Apabila satu atur cara panggilan mengaktifkan satu rutin dalam pemacu, pemacu itu akan mengeluarkan perintah kepada peranti tersebut. Sebaik sahaja peranti menghantar data kembali ke pemacu, pemacu tersebut akan melaksanakan rutin dalam atur cara panggilan berkenaan. Pelaksanaan pemacu bergantung pada perkakasan dan sistem pengendali yang sedia ada. HaI ini bererti terdapat pemacu yang boleh digunakan dalam perkakasan atau sistem pengendali tertentu tetapi tidak boleh digunakan dalam perkakasan atau sistem pengendali yang lain. Pelbagai jenis pemacu perisian yang digunakan untuk menyediakan antara muka adalah seperti pemacu perisian pencetak, video, kad rangkaian, kad bunyi, bas tempatan, bas I/O untuk tetikus, papan kekunci dan USB, sistem fail yang berla

Kembali ke atas