Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
romantic dramadrama romantikKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang mengutamakan jalan cerita bersuasana romantik dalam bercinta seperti drama Uda dan Darakarya Usman Awang.
problem playdrama masalahKesusasteraanTiadaDrama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan.
musicalmuzikalKesenianDrama dan TeaterSeni persembahan teatrikal diiringi muzik yang disampaikan secara berlagu atau puitis terutama untuk bahagian yang dramatik seperti adegan sedih, gembira, bercinta dan bertarung. Contohnya, muzikal Uda dan Darakarya Usman Awang.
tragedytragediKesenianDrama dan TeaterLakonan yang memaparkan urutan peristiwa yang membawa kepada kejatuhan atau malapetaka kepada watak utama daripada golongan bangsawan atau keturunan raja. Dalam teater Melayu moden, drama Matinya Seorang Pahlawankarya Usman Awang dianggap sebagai sebuah tragedi.
central actionaksi utamaKesenianDrama dan TeaterBahagian plot dalam drama atau teater yang menjadi tumpuan utama dalam plot sesebuah drama. Contohnya, adegan pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam drama Matinya Seorang Pahlawan, karya Usman Awang.
scene a faireadegan ditungguKesenianDrama dan TeaterBahagian dalam drama atau teater yang dinanti-nantikan detiknya oleh penonton. Satu daripada adegan ditunggu ialah klimaks. Contohnya, pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam drama Matinya Seorang Pahlawankarya Usman Awang.
socialist realismrealisme sosialisKesenianDrama dan TeaterIdeologi dalam karya seni dan sastera termasuk drama yang menyatakan ketidakadilan sosial, tekanan politik dan ekonomi serta pergelutan hidup yang selalunya dipaparkan melalui kehidupan masyarakat kelas pekerja. Contohnya, drama Degup Jantungnyakarya Usman Awang.
poetic dramadrama puitisKesusasteraanTiadaDrama yang ditulis dalam bentuk puisi semata-mata untuk dipentaskan. Drama ini ditemui dalam kebanyakan drama Shakespeare dan drama T.S.Eliot berjudul Murder in the Cathedral. Contoh dalam sastera Melayu ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Contoh dalam sastera Arab ialah Masra �Kilyubatrah oleh Ahmad Shawqi, dan dalam sastera parsi ialah Sarnivishi Parviz oleh �Ali Muhammad Khan Uvaysi.
occasional poemspuisi peristiwaKesusasteraanTiadaPuisi yang dicipta untuk merakamkan sesuatu peristiwa seperti hari jadi, perkahwinan, sejarah, kemenangan, dan kematian. Puisi peristiwa dianggap puisi ringan namun kadangkala serius. Contohnya, dalam sajak berjudul Easter 1916� oleh Yeats dan �Lycidas� oleh Milton. Contoh lain ditemui dalam sajak berjudul �Keranda 152� oleh Usman Awang, dan �Jerkah Setinggan 72� oleh A. Samad Said. Dalam sastera Arab, puisi peristiwa ditemui dalam sajak �Projek Berkaki Ayam� oleh �Abd al-Hamid al-Dib, manakala dalam sastera Parsi, puisi ini terdapat pada sajak �Kemangkatan Sultan Mahmud� oleh Shavvaf.
dramatic poetrypuisi dramatikKesusasteraanTiadaPuisi yang menggunakan teknik dramatik untuk kesan puitis atau drama yang menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contohnya, puisi Browning bertajuk My Last Duchess menggunakan konvensi drama untuk kesan puitis. Kebanyakan drama Shakespeare pula menggunakan puisi untuk kesan dramatik. Contoh karya tempatan ditemui dalam drama berjudul Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Drama ini menggunakan bentuk puisi berirama dalanm dialog untuk memperhebatkan kesan tragisnya. Dalam karya puisi berjudul �Pengakuan Pariyem� oleh Linus Suryadi AG menggunakan teknik drama dialog, monolog dan naratif untuk kesan estetik. Dalam sastera Parsi, puisi dramatik ditemui dalam saja �Katiba� oleh Mahdi Akhavan Thalith.
12

Kembali ke atas