Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Komp) perkakasan atau atur cara sampingan yg membantu dan memudahkan penggunaan sesebuah komputer atau atur cara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata utiliti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
utility SAN arrayutiliti tatasusunan rangkaian kawasan storan (SAN)Teknologi MaklumatPerisianTatasusunan storan yang direka bentuk untuk menjadi asas storan bagi seni bina pengkomputeran utiliti. Seni bina ini menyediakan platform yang membolehkan penyedia perkhidmatan menjadi syarikat Teknologi Maklumat yang menawarkan perkhidmatan utiliti. Contoh perkhidmatan utiliti ialah perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) dan perkakasan sebagai perkhidmatan (HaaS). Perkhidmatan ini termasuk juga model perniagaan jaringan sosial yang diberi melalui Internet dan pengkomputeran awan yang merupakan trend masa kini. Contoh tatasusunan storan utiliti ialah 3PAR InServ Storage Servers, NetApp FAS GX Series dan Pillar Data Systems Axiom.
utility revenue bondbon hasil utilitiPentadbiran PerniagaanTiadaBon munisipal diterbitkan untuk membiayai utiliti dan hasil yang dijanakan daripada utiliti ini digunakan untuk membayar faedah dan pokok pada masa matang.
tax managed utility mutual funddana amanah utiliti terurus cukaiPentadbiran PerniagaanTiadaDana amanah yang dilaburkan dalam syarikat utiliti dan meleburkan semula dividen dengan membeli saham tambahan dalam syarikat utiliti berkenaan. Pemegang saham tidak menerima faedah selain untung terealis daripada pertambahan nilai aset bersih apabila menjual unit dana tersebut.
utiliti designreka bentuk utilitiLandskapTiadaReka bentuk alat dan kelengkapan kemudahan awam di suatu kawasan untuk disesuaikan dengan fungsi dan keadaan kawasan tersebut.
utility assessmentpenaksiran utilitiPentadbiranTiadaProses mengenal pasti utiliti bagi berbagai keputusan.
utility stocksaham utilitiPentadbiran PerniagaanTiadaSaham yang diterbitkan oleh syarikat utiliti.
utility curvekeluk utilitiPentadbiranTiadaGraf atau lengkung yang menunjukkan pertalian antara nilai utiliti dan nilai wang.
utility softwareperisian utilitiTeknologi MaklumatPerisianPerisian komputer yang direka untuk membantu mengurus dan menala perkakasan, sistem pengendali atau perisian aplikasi bagi melaksanakan tugas tunggal atau tugas mudah. Beberapa perisian ini disepadukan dengan kebanyakan sistem pengendali. Contohnya, utiliti yang terdapat dalam sistem pengendali Windows ialah penyahserpih cakera, penyemak cakera, pencuci cakera, sandar, pemampatan cakera, pengurus fail dan arkib. Perisian ini juga dikenali sebagai atur cara perkhidmatan, rutin perkhidmatan atau rutin utiliti.
utility programatur cara utilitiTeknologi MaklumatTiadaAtur cara yang berfungsi untuk menguruskan perkakasan, perisian dan fail seperti penyahserpihan cakera, pembersihan virus, isihan, imbasan cakera keras dan lain-lain. Atur cara utiliti dikategorikan sebagai perisian sistem.
utilityutiliti; kemudahan awamGeografiTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas