Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vak.sin] | ۏکسين

Definisi : sediaan bakteria, virus, dll yg sudah mati atau dilemahkan utk disuntik atau ditanam ke dlm badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu; memvaksin menyuntik vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd sesuatu penyakit: baru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah melakukan kempen ~ penduduk di kampung itu; pemvaksinan proses (tindakan atau perbuatan) memvaksin, vaksinasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vak.sin] | ۏکسين

Definisi : benih cacar yg dilemahkan dan disuntikkan ke dlm badan utk menjauhkan seseorang drpd dijangkiti penyakit cacar. memvaksin menyuntikkan vaksin ke dlm tubuh seseorang atau haiwan utk melindunginya drpd dijangkiti sesuatu penyakit: Kementerian Kesihatan mengadakan kempen ~ penduduk utk mengelakkan jangkitan penyakit tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vaksin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
autogenous vaccinevaksin autogenusFarmasiFarmakologi1. Vaksin yangdihasilkan daripada bakteria yang diperoleh daripada badan pesakit. 2. Vaksin terapeutik yang setiap satunya dihasilkan bersesuaian dengan pesakit tertentu.Vaksin inidihasilkan daripada kultur mikroorganisma patogenik yang diasingkan ataudiperolehdaripada suatu lesiataukawasan jangkitan seperti bisul, abses atau air kencing pesakit itu sendiri dan dinyahaktifkan dengan menggunakan haba. Oleh sebab penghasilannya mengambil masa yang lama sehingga empat minggu, vaksin autogenus hanya berkesan dalam kes-kes penyakit kronik atau penyakit berulang dan bukannya untuk rawatan penyakit akut. Keunikan vaksininiadalah untukdigunakan oleh pesakit tertentu kerana ia diperoleh daripada pesakit itu sendiri dan hal ini merupakan ciri utama vaksin autogenus. Vaksin ini dalam keadaan tertentu mempunyai tindak balas terapeutik dan menjadi profilaksis (pencegahan penyakit) pada sesuatu masa tertentu untuk melawan serangan penyakit yang berulang.
vaccinevaksinBioteknologiTiadaSediaan antigen yang diberi untuk merangsang mekanisme pertahanan yang khusus terhadap patogen atau agen toksik. Vaksin terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu vaksin nyah aktif (vaksin kepialu dan kolera), patogen hidup, toksoid, dan ekstrak antigen.
attenuated vaccinevaksin teratenuatPerubatanTiadaVaksin mengandungi organisma menginfek yang hidup tetapi telah dilemahkan, contohnya vaksin BCG untuk batuk kering.
Salk vaccinevaksin SalkBioteknologiTiadaVaksin polio yang disediakan daripada virus yang telah dinyahaktifkan dengan menggunakan formaldehid. Vaksin ini diberi secara suntikan.
multivalent vaccinevaksin multivalenFarmasiBioteknologi FarmasiSediaan vaksin yang mengandungi sel atau bahan antigen hasil terbitan daripada sekurang-kurangnya dua strain atau spesies bakteria atau virus. Contohnya, DTaP (difteria, tetanus dan pertusis). Sinonim vaksin polivalen.
vaccine hesitancykeraguan vaksinKesihatan AwamTiadaPerbuatan melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin.
vaccine-hesitant groupkumpulan ragu vaksinKesihatan AwamTiadaKumpulan yang melewatkan atau menangguhkan untuk menerima atau menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia kerana berasa ragu dengan keberkesanan vaksin.
virus-like particlepartikel mirip virusFarmasiBioteknologi FarmasiVaksin yang direka bentuk menyerupai protein kapsid. Vaksin ini tidak berisiko menyebabkan jangkitan kerana ketiadaan bahan genetik. Contohnya, vaksin untuk melindungi daripada jangkitan virus papiloma manusia (HPV), iaitu penyebab kanser serviks.
Bacille Calmette-GuerinBacille Calmette GuerinBiologiMikrobiologiVaksin yang digunakan untuk mencegah penyakit tuberkulosis pada manusia. Vaksin ini disediakan daripada basilus tuberkel manusia yang telah mengalami pengatenuatan. Istilah ini juga dikenali sebagai vaksin BCG.
live vaccinevaksin hidupFarmasiBioteknologi FarmasiSediaan biologi yang digunakan untuk menghasilkan atau meningkatkan keimunan seseorang terhadap sesuatu jangkitan. Vaksin hidup biasanya diterbitkan daripada bakteria atau virus yang telah teratenuasi dari segi kevirulenan. Tahap kevirulenan patogen atau calon vaksin hidup boleh diatenuasikan dengan mengkultur sel dalam keadaan suboptimum, seperti dikultur pada suhu lebih tinggi daripada biasa atau mutagenesis dengan menggunakan teknik DNA rekombinan.
12345678910...

Kembali ke atas