Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vegetatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
propagationpembiakanPertanianAgronomi

Proses penggandaan tanaman secara seksual atau vegetatif. Pembiakan seksual adalah melalui biji benih, manakala pembiakan vegetatif pula menggunakan bahagian vegetatif seperti keratan batang, mata tunas, rizom dan stolon. Pembiakan vegetatif juga boleh dilakukan melalui kultur tisu yang menggunakan cebisan kecil organ tanaman. 

pedogamypedogamiBiologiMikologiPersenyawaan antara sel vegetatif yang masih muda dengan sel vegetatif yang sudah matang.
determinatetak berterusanBotaniTiadaCiri penamatan perkembangan tumbuhan vegetatif dari segi morfologi atau fisiologi. Secara amnya, perkembangan tumbuhan vegetatif boleh ditamatkan melalui persaingan sink seperti perkembangan buah dan juga tegasan fisiologi, manakala secara khususnya pula adalah melalui proses pembungaan di bahagian pucuk.
vegetative barrierpenghalang vegetatifPertanianAgroteknologiKawasan yang ditanam dengan pokok-pokok termasuk pokok renek atau rumput-rumput tinggi, bertujuan untuk mengurangkan tempiasan daripada semburan racun kimia ke kawasan tanaman. Kawasan ini akan menapis semburan racun yang melalui pokok-pokok atau rumput tersebut. Walau bagaimanapun, kawasan penghalang vegetatif ini tidak boleh dijadikan sebagai pengganti amalan pertanian baik (GAP). Hal ini bermakna, sekiranya cuaca terlalu berangin misalnya, maka semburan racun tidak digalakkan walaupun ada penghalang vegetatif.
artificial vegetative propagationpembiakan vegetatif buatanPertanianAgronomi

Kaedah pembiakan tumbuhan yang menggunakan bahagian tumbuhan selain biji benih, seperti bahagian batang, akar, ubi, tunas dan daun. Contohnya, pembiakan ubi kayu (Manihot esculenta) yang menggunakan keratan batang manakala pisang (Musa pardisiaca) menggunakan sulur atau umbisi. Pembiakan vegetatif menghasilkan anak pokok yang sama baka dengan induknya.

vegetative cyclekitar vegetatifPertanianAgroteknologiFasa pertumbuhan yang bermula selepas percambahan biji benih sehingga pengeluaran bunga. Pada fasa ini, tumbuhan akan melakukan fotosintesis sebanyak mungkin, dan menghasilkan daun dan batang serta menyebabkan pokok membesar. Pada penghujung fasa ini, tumbuhan akan mengeluarkan bunga dan kadar tumbesaran berkurangan. Apabila pendebungaan berlaku, maka bermulalah fasa reproduktif. Contohnya, dalam penanaman padi, setelah biji benih bercambah, kitar vegetatif bermula dengan tumbesaran dan pengeluaran daun serta anak bilah yang menyebabkan pokok padi rimbun. Di peringkat matang, bunga akan keluar dan tumbesaran akan terhenti serta memberi laluan kepada pembentukan buah padi.
plant propagationpembiakan tanamanPertanianAgroteknologiKaedah membiak tanaman sama ada melalui biji benih atau bahan vegetatif seperti keratan batang, rizom, bebawang dan umbisi. Pembiakan melalui biji benih dipanggil sebagai pembiakan seksual atau reproduktif, dan akan menghasilkan baka yang berlainan daripada baka induknya. Pembiakan selain daripada biji benih pula dipanggil sebagai pembiakan vegetatif dan bakanya adalah sama dengan induknya. Selain itu, pembiakan tanaman boleh juga dilakukan dengan menggunakan tisu kultur seperti akar, batang, daun dan pucuk. Kaedah ini dipanggil sebagai pembiakan mikro.
vegetative growthpertumbuhan vegetatifPerhutananTiadaTiada
vegetative measureukuran vegetatifPerhutananTiadaTiada
vegetative polekutub vegetatifVeterinarTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas