veneer grading | penggredan venir | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses pemilihan dalam pengasingan venir berasaskan gred tertentu. Penggredan venir berdasarkan bentuk ira, warna kayu dan cacat seperti kehadiran buku, retak, dan lubang serangga yang terdapat pada permukaan venir. Bagi venir kayu keras, terdapat empat gred venir iaitu gred premium, gred pilihan 1, gred baik 2, dan gred kegunaan am. Penggredan venir biasanya dilakukan hanya kepada venir muka. |
care veneer | venir kor | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Lapiran venir tengah di dalam papan lapis. Venir ini biasanya lebih tebal daripada venir muka dan venir bawah, iaitu antara 1.5 mm hingga 3.5 mm. Banyak spesies kayu di Malaysia boleh digunakan sebagai venir kor sekiranya kayu tersebut mudah dikupas, dikeringkan, dan direkat. |
cross band | lapis venir bersilang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Venir yang disusun di bawah venir muka dengan arah iranya seranjang dengan arah ira di atas dan di bawah, bagi mengurangi pengecutan dan pembengkakan dan bagi memperbaiki sifat kekuatan papan lapis berkenaan. Pelapisan ini disebut binaan seimbang. Lapis venir bersilang biasanya digunakan dalam pembuatan papan lapis yang mempunyai lima lapisan venir atau lebih. |
structural veneer | venir struktur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Venir yang sesuai untuk dijadikan papan lapis, kor, dan hasil kegunaan am. Venir jenis ini mementingkan sifat kekuatan yang boleh dibezakan daripada ciri estetik venir hiasan. |
face veneer | venir muka | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Venir yang digunakan pada permukaan papan lapis yang terdedah atau telah dikemas siap, atau pada permukaan papan panel lain yang bervenir. Venir muka lebih baik mutunya dan biasanya lebih nipis daripada venir kor. |
matching veneer | venir pemadan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Venir yang dipilih, dipotong, dan diatur untuk menghasilkan ulangan pola tertentu bagi tujuan hiasan. Terdapat banyak jenis venir pemadan yang boleh menghasilkan pola pemadan, seperti pemadan seimbang, pemadan buku, pemadan intan, pemadan sisi, dan pemadan temu hujung, masing-masing mempunyai nilai dan kesan yang menarik. Kebanyakan venir pemadan dihasilkan secara proses hirisan. |
plywood | papan lapis | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan komposit yang dihasilkan daripada gabungan lapisan venir yang bersilang, atau gabungan lapisan venir dengan teras kayu pejal. Lapisan venir dikat dengan menggunaklan perekat. Biasanya papan lapis mempunyai jumlah lapisan venir yang ganjil iaitu tiga, lima atau tujuh. |
veneered board | bod venir | Kesenian | Tiada | 1. Bod kayu yang dilapiskan dengan venir.,2. Bod kertas yang mempunyai permukaan seperti venir. |
plugging | penampalan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Proses memasukkan potongan kayu atau venir kecil untuk menggantikan bahagian venir yang cacat yang terjadi secara semula jadi pada buku kayu, atau akibat pembuangan cacat lain pada kepingan venir. Potongan ini bisanya diselitkan sahaja sehingga kepingan venir tadi diperekat menjadi papan lapis. |
end veneer | venir serong | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Venir yang mempunyai sudut yang agak besar dengan arah ira yang terjadi semasa pemotongan di bahagian tertentu seperti di pangkal dahan dan kayu pangkal atau kawasan yang berhampiran dengan buku kayu. Biasanya kepingan venir ini amat rapuh dan mudah ditembusi perekat dan bahan pengilap. |