Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vé.to] | ۏيتو

Definisi : (véto) pernyataan menolak (membatal­kan) keputusan; hak (kuasa) ~ hak (kuasa) menolak keputusan (undang-undang); memveto menolak (membatalkan) keputusan; pemvetoan perihal (perbuatan atau tindakan) memveto: ~ keputusan itu akan dibuat tidak berapa lama lagi; pemveto pihak (negara, orang dsb) yg mem­veto: negara-negara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vé.to] | ۏيتو

Definisi : /véto/ pernyataan menolak atau membatalkan sesuatu keputusan: hak (kuasa) ~ hak atau kuasa menolak sesuatu keputusan. memveto menolak atau membatalkan sesuatu keputusan. pemvetoan perihal atau perbuatan memveto: ~ terhadap keputusan itu akan dibuat tidak lama lagi. pemveto orang, pihak, negara dsb yg memveto: Negara besar itu merupakan ~ dlm menyelesaikan masalah tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata veto


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vetovetoUndang-undangTiadaTiada
double vetoveto dua kaliSains PolitikTiadaTiada
double vetoveto dua kaliUndang-undangTiadaTiada
item vetoveto butiranSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
veto powerkuasa vetoSains PolitikHubungan AntarabangsaKuasa untuk menolak atau membatalkan sesuatu keputusan. Contohnya, anggota Majlis Keselamatan PBB telah beberapa kali menggunakan kuasa veto yang dimilikinya untuk menghalang PBB daripada mengambil tindakan tertentu.
veto powerkuasa vetoSains PolitikTiadaTiada
Big FiveLima Kuasa BesarSains PolitikHubungan AntarabangsaLima negara kuasa besar dunia selepas Perang Dunia Kedua. Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China adalah merupakan lima negara yang mempunyai kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB. Bahasa kesemua negara tersebut turut diterima untuk menjadi bahasa rasmi dalam urusan PBB. Contohnya, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto apabila PBB menyekat penindasan Israel terhadap Palestin.
Security CouncilMajlis KeselamatanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu organ (komponen utama dalam sesebuah pertubuhan antarabangsa) dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Majlis Keselamatan mempunyai lima anggota tetap yang memiliki kuasa veto, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia, serta sepuluh anggota tidak tetap yang dipilih berdasarkan sumbangan kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa dan agihan geografi. Majlis Keselamatan diberikan tanggungjawab perdana untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Resolusi yang telah diluluskan di bawah Bab VII Piagam PBB mengikat semua negara anggota PBB.
major powerkuasa utamaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang diiktiraf sebagai memiliki ke kuatan ketenteraan, pengaruh politik dan kekayaan ekonomi yang besar di peringkat dunia dan suaranya sentiasa mendapat perhatian. Antara kuasa utama ialah negara yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang terdiri daripada Great Britain, Amerika Syarikat, Perancis, China dan Rusia. Dalam majlis ini, mereka memiliki kuasa veto terhadap keputusan yang telah dibuat. Dasar luar negara ini boleh mempengaruhi perkembangan politik dunia seperti campur tangan Amerika Syarikat ke atas Iraq atau tindakan Soviet Union menyerang Afghanistan pada dekad 1980-an. Kuasa utama juga merujuk kepada negara lain yang besar pengaruhnya terutama dalam mempengaruhi ekonomi dunia seperti Jerman dan Jepun.
proxy voteundi proksiSains PolitikPolitik PerbandinganUndi yang dibuat sebagai mewakili satu pihak yang enggan memperlihatkan keterlibatannya dalam sesuatu pengundian. Undi ini dilakukan oleh individu atau badan lain dengan mengikut telunjuk kuasa proksi yang mengarahkannya. Tujuannya adalah untuk mengaburi mata orang ramai bagi menunjukkan seolah-olah pihak sebenar tidak terlibat dengan proses pengundian tersebut. Contohnya, tindakan veto Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghalang sebarang tindakan ke atas Israel.
12

Kembali ke atas