Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vii


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
physisorption type VIIpenjerapan fizikal jenis VIIKejuruteraanKejuruteraan KimiaPenjerapan fizikal molekul atau atom yang berlaku pada permukaan mangkin apabila cecair pukal yang menjerap mempunyai sudut sentuh yang tertentu dengan mangkin. Dalam penjerapan jenis ini, jumlah wap yang terjerap tidak akan mencapai nilai asimptot walaupun tekanan relatif bernilai satu.
secondary dominantdominan sekunderKesenianTiadaPenukaran kord V kepada kord ke-VII sebagai prasedia kepada tonik.
Edwardian stylestail EdwardKesenianTiadaFesyen pakaian yang popular pada zaman pemerintahan Raja Edward ke VII, iaitu dari tahun 1901 hingga 1910. Antara fesyen yang popular adalah gaun sama sendat, kot sut, topi hat, topi besar berhias, sut jaket wanita, dipopularkan semula pada pertengahan tahun 1960-an.
numeralangkaMatematikTiadaSimbol untuk mewakili sesuatu nombor. Misalnya, angka Roman ialah I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan angka Hindu-Arab ialah 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, ...
enforcement actiontindakan penguatkuasaanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan bukan ketenteraan atau menggunakan ketenteraan yang diambil oleh masyarakat antarabangsa di bawah Bab VII Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap negara yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa. Contoh tindakan bukan ketenteraan termasuklah gangguan hubungan ekonomi dan komunikasi, dan pemutusan hubungan diplomatik. Contoh tindakan menggunakan ketenteraan ialah melancarkan perang terhadap negara penceroboh.
prothrombinokinaseprotrombinokinasePerubatanTiadaEnzim yang penting dalam pengentalan darah, terdapat dalam serum tetapi tidak dalam plasma, berfungsi dalam pembentukan tromboplastin ekstrinsik. Sinonim: faktor VII, prokonvertin, protrombinogen.
herpes virusvirus herpesAIDSTiadaSekumpulan virus yang terdiri daripada virus herpes simpleks, virus varisela-zoster, virus Epstein-Barr, sitomengalovirus, virus herpes manusia VI, VII, dan VIII.
oxalic acidasid oksalikKimiaBiokimiaHablur tanpa warna dan lut sinar yang terdapat dalam kebanyakan tumbuh-tumbuhan dan diperoleh melalui pelakuran debu gergaji dengan kalium manganat (VII) pada suhu 220?C. Asid ini digunakan sebagai reagen analisis dalam pewarnaan dan percetakan kaliko, pelunturan warna kulit dan jerami, penyingkiran cat atau varnis, dan sebagainya.
Plato�s cavegua PlatoKesusasteraanTiadaAlegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi.
antihemophilic globulinglobulin antihemofiliaPerubatanTiadaGlobulin yang terdapat di dalam plasma yang diperlukan dalam penggumpalan darah. Faktor ini didapati kurang di dalam serum pesakit hemofilia. Sin: faktor VII
123

Kembali ke atas