shape constancy | kemalaran bentuk | Psikologi | Psikologi Umum | Pengamatan yang agak kekal terhadap satu-satu bentuk walaupun bentuk imej dalam retina telah berubah. Contohnya, buku yang berkedudukan senget di atas meja masih boleh dilihat bersegi empat walaupun bentuknya di retina tidak seperti sepatutnya. Walau bagaimanapun, individu yang berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol boleh mengubah kemampuan ini kerana saiz dan bentuk tidak lagi kelihatan malar. |
parallelism | keselarian | Biologi | Genetik | Perubahan evolusi apabila dua atau lebih cabang keturunan daripada stok yang sama mengekalkan ciric-ciri yang serupa walaupun berkembang secara berasingan. Misalnya, moyet Cercopithecoidea dari benua Afrika dan monyet Ceboidea dari benua Amerika masih mempunyai ciri anatomi yang serupa walaupun telah berpisah selama 35 juta tahun. |
escalation of commitment | peningkatan iltizam | Pengurusan | Perancangan | Pola tingkah laku yang melibatkan seseorang atau sekumpulan individu yang terus berusaha untuk mewajarkan sesuatu keputusan dan tindakan mereka, walaupun berdepan dengan hasil dan implikasi yang semakin negatif. Contohnya, seorang pelabur yang terus menambahkan pelaburannya ke dalam sesuatu projek perniagaan walaupun pelaburan tersebut telah menunjukkan tanda-tanda kerugian. |
patronage system | sistem naungan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Hubungan yang bergantung kuat kepada penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang, walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan pihak yang dinaung lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan pentadbiran yang terikat kuat dengan hubungan naungan. Ketua pentadbir dilihat sebagai patron manakala pekerja dilihat sebagai klien. Sistem penaungan ini banyak sekali diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila pentadbir menjadi penaung utama dalam pemerintahan atau pentadbiran daerah. |
military necessity | keperluan ketenteraan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Alasan sah yang digunakan untuk melakukan serangan terhadap sasaran ketenteraan, walaupun serangan tersebut secara tidak langsung boleh menyebabkan kesan buruk kepada populasi dan objek awam. Alasan sah tersebut boleh digunakan kerana tanpa serangan tersebut matlamat ketenteraan tidak akan dapat dicapai. Prinsip ini terpakai dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Contohnya, sekiranya musuh mempertahankan diri dengan menggunakan perisai manusia yang terdiri daripada orang awam, alasan keperluan ketenteraan boleh digunakan oleh pihak tentera untuk menentang musuh tersebut. Dalam hal ini, serangan tersebut perlu dilakukan demi mencapai matlamat ketenteraan walaupun orang awam mungkin akan tercedera. |
aquiclude | akuiklud | Hidrologi | Tiada | Formasi yang walaupun berliang dan berkemampuan menyerap air tidak meneruskan air dengan kadar yang cukup untuk menghasilkan bekalan yang ketara ke perigi atau mata air. (CID) |
resistance | rintangan | AIDS | Tiada | Kemampuan organisma membiak walaupun terdedah kepada ubat. Contoh, kerintangan HIV terhadap Azidothymidine. |
fairness bias | bias kesaksamaan | Psikologi | Psikologi Umum | Bias yang timbul daripada keinginan individu untuk mengelakkan kerugian. Individu boleh menjadi tidak rasional apabila berdepan dengan masalah pemilihan yang berkaitan dengan ekonomi. Walaupun kebanyakan individu menyukai kemenangan tetapi dalam keadaan tertentu individu tersebut boleh bekerjasama dengan orang lain supaya sama-sama mendapat manfaat walaupun terpaksa berkongsi. Dalam keadaan ini, biasanya bias akan terjadi. Tingkah laku ini sama seperti peribahasa biar tiris jangan tumpah. |
isorhythm | isoritma | Kesenian | Tiada | Ulangan ritma yang sama walaupun notnya berlainan. |
binding variation | jilidan berbeza | Perpustakaan | Tiada | Jilidan buku, walaupun diterbitkan dalam edisi yang sama, yang berbeza dari segi warna, jenis kulit buku, blok tangan dan sebagainya yang mungkin disebabkan seluruh edisi tidak dijilid dalam waktu yang sama, atau keadaan storan yang tidak memuaskan. |