missing item | barang hilang/benda hilang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dokumen yang tidak dapat dikesan biasanya dokumen sokongan untuk kira-kira wang tunai oleh ketua pos. |
public domain software | perisian domain awam | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian percuma yang boleh didapati melalui laman web dan katalog domain awam. Pengguna boleh memuat turun perisian jenis ini dan menggunakannya secara percuma. Pengguna berkenaan akan menerima manual dan versi terkini dari semasa ke semasa. Biasanya pengguna yang menggunakan perisian berkenaan akan menghadiahkan wang kepada pemilik asalnya sebagai tanda sokongan kepada usaha pembangunan perisian tersebut. Lihat perisian kongsi. |