Istilah Bahasa Melayu
wau bulan | wau bulan | Kesenian | Tiada | Wau yang bahagian ekornya menyerupai bulan sabit atau tanduk dan mengandungi bulan penuh di bahagian labu iaitu di antara bulan sabit dengan sayapnya. |
wau daun | wau daun | Kesenian | Tiada | Wau yang menyerupai wau bulan tetapi tidak mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke sayapnya yang panjang dan dapat diterbangkan oleh angin sederhana kerana ringan dan berasal dari Siam atau Patani. wau barat |
wau barat | wau barat | Kesenian | Tiada | Wau yang menyerupai Wau bulan tetapi tidak mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke sayapnya yang panjang dan dapat diterbangkan oleh angin sederhana kerana ringan dan berasal dari Siam atau Patani. |
lengkok bulan | lengkok bulan | Kesenian | Tiada | Bahagian lengkung dalam wau bulan dari sayap dan bulan sabit ke bulan penuh, dikenali juga dengan nama cakah di Kelantan. |
bulan sabit | bulan sabit | Kesenian | Tiada | Ekor wau bulan yang berbentuk bulan sabit lazimnya 1/3 daripada bahagian ekor yang dikenali juga dengan nama tanduk. |
bulan penuh | bulan penuh | Kesenian | Tiada | Bulatan yang dipasang antara sayap dengan bulan sabit pada wau bulan. Lebarnya sama dengan lebar kepala dan dikenali juga dengan nama labu di Kelantan. labu |
labu (Kl.) | labu (Kl.) | Kesenian | Tiada | Bulatan yang dipasang antara sayap dengan bulan sabit pada wau bulan. Lebarnya sama dengan lebar kepala. |
belalai | belalai | Kesenian | Tiada | Rambu tambahan pada hujung kepala wau bulan berukuran lebih 15 cm. |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close