show | wayang | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan lakon untuk tontonan umum. Dalam kesenian tradisional Melayu, terdapat jenis-jenis wayang seperti wayang kulit, wayang Parsi atau bangsawan, wayang wong dan wayang golek. Dalam pengertian moden, wayang atau wayang gambar merujuk kepada filem. |
wayang | wayang | Muzik | Tiada | Persembahan teater di Malaysia dan di Indonesia. Contohnya, wayang kulit bermaksud sesuatu persembahan teater yang ceritanya dikisahkan oleh seorang dalang dengan menggunakan bayang-bayang patung di belakang kelir. Di Indonesia, wayang wong menggunakan watak yang terdiri daripada orang dan wayang golek yang menggunakan patung tiga dimensi. Di Malaysia, maksud wayang telah diperluas seperti wayang Cina merujuk kepada opera Cina manakala wayang gambar merujuk kepada filem. Lihat juga wayang kulit Jawa, wayang gedek, wayang kulit Melayu, wayang kulit Kelantan, wayang golek, wayang wong. |
wayang kulit Jawa | wayang kulit Jawa | Muzik | Tiada | Teater wayang yang berasal dari Jawa, Indonesia. Di Malaysia, wayang kulit Jawa merupakan teater rakyat orang berketurunan Jawa di Johor. Teater ini masih mengekalkan ciri wayang kulit purwa asli seperti penggunaan patung Jawa cerita epik Mahabharata serta diiringi ensembel gamelan Jawa. Sinonim wayang kulit purwa. Lihat juga wayang gedek, wayang kulit Kelantan, wayang kulit Melayu, nang talung. |
wayang | wayang | Kesusasteraan | Tiada | 1. Wayang berasal dari kata bayang. |
wayang gedek | wayang gedek | Kesenian | Drama dan Teater | Tradisi wayang kulit di Malaysia yang berasal daripada tradisi Nang Talung dari Thailand. Pada masa kini, wayang gedek mempersembahkan pelbagai cerita semasa. Lihat jugawayang kulit. |
wayang Kelantan | wayang Kelantan | Kesenian | Drama dan Teater | Tradisi wayang kulit di Malaysia yang hanya menggunakan repertoir daripada Hikayat Seri Rama. Alat muzik utama yang digunakan dalam wayang kulit kelantan ialah serunai. |
wayang Melayu | wayang Melayu | Kesenian | Drama dan Teater | Tradisi wayang kulit di Malaysia yang hanya menggunakan repertoir daripada cerita-cerita Panji. Alat muzik utama yang digunakan dalam wayang kulit Melayu ialah rebab. |
wayang kulit Melayu | wayang kulit Melayu | Muzik | Tiada | Teater wayang kulit klasik yang dinaungi oleh golongan istana di Patani, Kelantan dan Kedah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Wayang kulit Melayu dipengaruhi wayang kulit purwa Indonesia. Ceritanya berasaskan epik Mahabharata dan corak patungnya mengikut gaya Jawa. Teater klasik ini diiringi ensembel yang menggabungkan alat muzik Melayu dan Jawa seperti rebab, tetawak, mong, enam pasang atau lebih canang, kesi dan gendang. Sinonim wayang Jawa.
|
wayang wong | wayang wong | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan lakon yang wataknya dimainkan oleh manusia, tetapi mengambil cerita dan kostum daripada tradisi wayang kulit, iaitu daripada repertoir Hikayat Seri Rama dan Pandawa Lima. Bentuk persembahan wayang wong bersifat drama tari dan mula diperkenalkan di Jawa Tengah dalam kraton atau istana Jogjakarta. |
wayang wong | wayang wong | Muzik | Tiada | Taridra dari Jawa dan Bali yang merangkumi nyanyian, muzik instramental, dialog, tarian dan lakonan. Kostum dan gerakan penari dalam wayang ini meniru kostum dan gerakan patung wayang kulit di Jawa dan di Bali. Ceritanya berasaskan epik Ramayana. Wayang wong diiringi ensembel gamelan. Wayang wong dikenali juga sebagai wayang orang. |