metaxylem | metaxilem | Biologi | Histologi dan Sitologi | Bahagian xilem primer yang terbentuk selepas protoxilem dan sebelum xilem sekunder. Xilem ini, jika wujud, dapat dibezakan kerana bahagian ini mempunyai sel salur dan trakeid yang lebar. |
metaxylem | metaxilem | Botani | Tiada | Xilem primer yang terbentuk selepas protoxilem. Bagi tumbuhan yang melalui pertumbuhan sekunder, metaxilem terbentuk sebelum xilem sekunder tumbuh. Metaxilem lebih kompleks daripada protoxilem dan mengandungi sel parenkima, gentian dan unsur trakeid, iaitu yang berdiameter lebih luas daripada yang terdapat pada protoxilem. Lihat juga protoxilem, xilem primer, xilem sekunder. |
primary sylem | xilem primer | Botani | Tiada | Xilem yang terbentuk daripada prokambium dalam zon pertumbuhan sekunder. Xilem ini terdiri daripada dua sistem, iaitu sistem aksial yang berasal daripada sel pemula fusiform yang terdapat dalam kambium vaskular. Sistem ini terdiri daripada unsur trakeid dan gentian. Sistem kedua ialah sistem ruji yang terbentuk daripada sel pemula ruji yang juga terdapat dalam kambium vaskular, dan sistem ini juga terdiri daripada parenkima ruji. |
protoxylem | protoxilem | Biologi | Histologi dan Sitologi | Unsur xilem ulung yang menjadi xilem primer yang pertama terbentuk pada sesuatu organ tumbuh-tumbuhan. |
secondary xylem | xilem sekunder | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Xilem yang terbentuk daripada tisu kambium. Pembentukan xilem sekunder menambahkan isipadu kayu keseluruhannya. |
primary xylem | xilem primer | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Xilem yang mula-mula terbentuk, yang membeza daripada meristem apeks. Xilem awal biasanya terdapat pada sisi empulur. |
xylem | xilem | Botani | Tiada | Tisu vaskular yang terdiri daripada unsur trakeid, gentian dan parenkima kayu. Xilem biasanya hadir bersama-sama floem dalam berkas vaskular dan selalunya terletak di bahagian dalam floem. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dalam tumbuhan. |
vascular bundle | berkas vaskular | Botani | Tiada | Jaluran tisu vaskular yang terdiri daripada xilem dan floem, yang terdapat dalam tumbuhan vaskular. Kadangkala, di antara xilem dengan vloem terdapat kambium. Biasanya, jaluran ini dikelilingi oleh selaput berkas. Susunan xilem dan floem pada berkas ini dapat menentukan jenis berkas sama ada kolateral, bikolateral atau sepusat. Sinonim tisu vaskular. |
concentric bundle | berkas sepusat | Botani | Tiada | Berkas vaskular yang floem atau xilemnya mengelilingi salah satu di antaranya. Berkas ini dinamakan amfikribal apabila floem mengelilingi xilem, dan amfivasal apabila xilem mengelilingi floem. Apabila dibuat keratan rentas, berkas ini menunjukkan susunan sepusat. |
secondary xylem | xilem sekunder | Perhutanan | Tiada | Xilem yang terbentuk oleh kambium vaskular semasa pertumbuhan sekunder. Sinonim: kayu, kayu sekunder. |