main canal | terusan utama | Geografi | Tiada | Terusan yang merupakan sistem pengaliran yang utama yang menghubungkan sistem-sistem pengaliran yang lain di dalam sesebuah sistem pengairan atau sistem pengangkutan dalaman. |
meseta | meseta | Geografi | Tiada | Penara yang luas, yang mempunyai permukaan yang tak selanjar dan terhakis membentuk ciri fizikal utama sesebuah kawasan. |
nucleated settlement | petempatan berpusat | Geografi | Tiada | Istilah bagi sebuah petempatan luar bandar yang menunjukkan morfologi yang padat yang mengandungi unit kediaman dan ladang. |
sheet erosion | hakisan kepingan; hakisan bambang | Geografi | Tiada | Proses hakisan yang berlaku di permukaan tanah yang rata yang disebabkan oleh titisan hujan dan larian permukaan yang perlahan. |
maritime climate | iklim kelautan | Geografi | Tiada | Iklim yang terdapat pada beberapa zon sederhana bumi yang di bawah pengaruh laut, dan dengan musim sejuk yang sederhana, musim panas yang tidak terlalu panas dan taburan hujan tahunan yang sama rata. |
prismatic compass | kompas prisma | Geografi | Tiada | Kompas tangan yang gunakan oleh juruukur, yang mempunyai prisma yang memungkinkan kompas dibaca sambil melihat objek. |
animal starch | kanji haiwan | Fizik | Tiada | Polisakarida yang terdiri daripada rantaian glukosa yang bercabang yang merupakan karbohidrat simpanan pada haiwan. |
moist tree savanna | savana pokok lembap | Geografi | Tiada | Kawasan savana yang terdapat pokok yang dilitupi dengan lumut yang mungkin berkait dengan iklim tempatan kawasan tersebut. |
macchia | macchia | Geografi | Tiada | Istilah orang Scotland bagi pasir pantai yang mengandungi serpihan kulit kerang yang banyak, yang terdapat di pinggir laut Scotland. |
evolution | evolusi; pembebasan; pengeluaran | Fizik | Tiada | Evolusi: Proses perkembangan atau perubahan beransur-ansur yang berterusan yang menghasilkan perubahan keadaan , unsur atau bentuk di dalam alam ini dari yang kecil hingga menjadi besar seterusnya menjadi kompleks. |