digamma | digamma (huruf Yunani) | Sejarah | Tiada | Bentuk huruf asal tulisan Greek atau Yunani mewakili bunyi 'w' dalam bahasa Inggeris. |
nemesis | nemesis | Kesusasteraan | Tiada | Pembalasan terhadap sesuatu perbuatan jahat, atau ejen yang menjalankan pembalasan tersebut. Dalam tradisi Yunani, konsep pembalasan dipersonifikasikan melalui Nemesis, iaitu dewa Yunani yang bertanggungjawab menjalankan tugas pembalasan bagi pihak para dewa antara terhadap mereka yang melakukan kesalahan. Istilah Nemesis berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �pembalasan�. |
classical tragedy | tragedi klasik | Kesusasteraan | Tiada | Satu kejadian berhubung kait dengan zaman purba Greek dan Yunani atau tragedi yang diasaskan daripada cerita-cerita Yunani atau Greek. |
Apollonian | gaya Apollo | Kesusasteraan | Tiada | Gaya Dewa Apollo yang dikaitkan dengan keteriban dan ketamadunan dalam mitos Yunani. Apollo mampu meramalkan nasib manusia. Ciri-ciri Apollo merupakan aspek integral dalam sesetengah drama Yunani. Ciri-ciri ini mementingkan simetri, logik dan kerasionalan. Lihat juga gaya Dionysius. |
classical park | taman klasik | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang mempunyai reka bentuk dan elemen yang berasaskan seni bina zaman Yunani. Ciri utama taman in i ialah binaan patung manusia dan metologi Yunani. |
classical park | taman klasik | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang mempunyai reka bentuk dan elemen yang berasaskan seni bina zaman Yunani. Ciri utama taman in i ialah binaan patung manusia dan metologi Yunani. |
hermeticism | hermetisisme | Kesusasteraan | Tiada | Puisi dan korpus penulisan Barat yang menggunakan simbolisme ilmu ghaib dan keajaiban ini berpunca daripada tradisi Yunani. Istilah ini berasal daripada nama Hermes Trismegistus, tokoh yang disamakan dengan dewa Yunani yang bernama Hermes. Ajaran Hermes dianggap sebagai punca kepada penghasilan korpus penulisan dan doktrin mistik yang wujud pada Zaman pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Puisi hermetik terbitan daripada hermetisisme biasanya mengandungi butir-butir metafizik yang sukar difahami. Maknanya seolah-olah tertutup rapat oleh kod rahsia simbolik, dan bahasa serta imejannya amat subjektif. Kesan �muzik� dan kuasa sugestif kata-kata, sama penting dengan maknanya. Fungsinya adalah untuk melucutkan makna logik daripada kata-kata. Hal ini meningkatkan kesan kesepian dan kesan dramatik dalam puisi. Oleh itu, puisi hermetik menimbulkan kuasa simbolik dan esoterik di sebalik kata-kata. Estetika yang bersifat subjektif ini mengelakkan unsur-unsur struktur yang biasa seperti naratif |
agora | agora | Kesenian | Seni Bina | Ruang terbuka yang digunakan sebagai tempat perhimpunan umum atau pasar yang dikelilingi bangunan utama yang berasal dari bandar-bandar Yunani dan Rom. Agora merupakan salah satu hasil binaan yang penting dalam tamadun Yunani dan Rom. |
Unani traditional medicinal system | sistem perubatan tradisional Yunani | Herba | Fitokimia | Sistem penjagaan kesihatan secara tradisional yang berasaskan prinsip bahawa penyakit merupakan satu proses semula jadi dan simptomnya ialah tindak balas tubuh manusia terhadap penyakit. Sistem ini berasal dari Greek dan diperkaya oleh ilmuwan Arab dan Parsi. Sistem ini menggunakan teori praandaian bahawa keseimbangan empat cecair, iaitu darah, gelema, hempedu kuning dan hempedu hitam perlu untuk memastikan keadaan fikiran dan jasmani yang sihat. Sistem perubatan ini menggunakan terapi yang mengutamakan disiplin yang ketat, pemakanan khas dan farmakoterapi. Contoh ubatan Yunani ialah jintan hitam atau habatussauda (Nigella sativa) yang telah dikenal pasti berkesan untuk merangsang fungsi imun manusia. |
rhapsody | rapsodi | Kesusasteraan | Tiada | Puisi epik zaman Yunani yang dideklamasikan oleh seorang barda (penglipur lara). Puisi ini terdiri daripada bahan-bahan yang diambil daripada tradisi dan sebahagiannya diimprovisasikan. Kini rapsodi merujuk kepada karya yang mengambil petikan daripada tulisan lain dan menyusunnya kembali dalam suatu struktur yang longgar. Rapsodi juga merujuk kepada karya sastera yang ditulis menggunakan gaya bahasa yang sangat menggembirakan atau penuh perasaan. Rapsodi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �lagu berangkai�. |