Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.pa.ru.pa] | روڤا٢

Definisi : berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk): dikumpulnya ~ barang lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rupa-rupa

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bagai rupa tokak dibasuh.

Bermaksud :

Sangat buruk. tokak = kudis besar.

 

Lihat selanjutnya...(32)

182

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana rupa, begitulah bayangnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana rupa, begitulah bayangnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jeraul MSrpenyangak, kelakuan nakal.Celaka! Jeraul tua! Gatal! Seranah Lumai tersembul dalam hati. Dan kalau diikutkan kebencian hatinya, mahu saja dia menyinsingkan kainnya tinggi-tinggi, dan punggungnya yang telanjang ditonggengkan ke arah Tuai Rumah yang tak padan dengan rupa dan gaya itu. Biar si jeraul tua itu puas menatap apa yang ingin ditatapnya.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas