mali | pantang. | Eh, Ansang Miang, tapi kami tak sukakannya. Sudahlah tua tambahan pula mali, jawab ibu bapa Gurang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
belawis MSb | sejenis ikan sungai berwarna kehitam-kehitaman dan berbintik-bintik kuning serta bersisik halus. | Terdengar perkataan ‘sarapan’ perutku serta-merta berkeroncong. Tambahan pula melihat tompe yang masih berasap beserta ikan belawis bakar. | Pelauh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Belian Ib | upacara mengubati orang sakit oleh manang. | Selang empat hari kemudiannya, empat orang pemuda yang dulu itu datang lagi untuk menjemput dia mengadakan upacara belian. Apabila mengetahui bahawa Manang Engkejuang teringin sangat untuk pergi belian, tambahan pula keempat-empat orang pemuda itu sudah naik dari pangkalan, Manang Entayang pun masuk ke bilik lalu menyapu mukanya dengan arang dan jelaga, sambil duduk berdekatan dengan dapur. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |