botutong Kd Km | sifat pendiam. | Setahuku, Ita perempuan yang ‘botutong’. Tidak banyak bercakap, dan amat terhad pergaulannya. Mukanya yang bulat dan lembut itu segera terpeta dalam di mataku. | Trauma | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beyuh, *boyuh* Bd | sejenis pokok berdaun besar dan boleh dibuat baju. | Tidak juga ketinggalan tali-tali kecil yang diperbuatnya sendiri daripada kulit kayu beyuh yang lembut. | Novel Antara Dua Kepercayaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bobogon Kd | sejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat. | Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |