Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata air sungai

Puisi
 

Hendak mandi paip berkunci,
     Turun ke sungai air pun masin;
Satu intan satu baiduri,
     Di mana boleh dipakai cincin?


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Suak,
     sungai satu air.

Bermaksud :

Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
cencudik Ky, MBrsejenis udang halus air tawar (seperti geragau).Di sungai-sungai pun terdapat jenis udang yang halus seperti udang geragau ini. Bagi orang Kedayan dan Melayu Brunei, udang jenis ini dinamakan cencudik.Antara Pemutar Skru dan KisusGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jelatung Ib, Ml, MSrtempat mandi di sungai, yang dibina khas, supaya tidak ditenggelami air ketika air pasang naik.Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
salasak Kd KBroh air.15. Salasak atau Tombaig – Roh air, selalu dalam upacara adat pertanian dan diberi sajian untuk mengawal sungai, parit dan tali air dan juga menghalau serangga.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tombaig Kd KBsejenis roh air.15. Salasak atau Tombaig – Roh air, selalu dalam upacara adat pertanian dan diberi sajian untuk mengawal sungai, parit dan tali air dan juga menghalau serangga.Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota BeludGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
meruju Ibsejenis tumbuhan yang tumbuh di tepi pantai atau sungai, daun dan batangnya berduri.Tidak lama selepas kejadian ini Patinggi Ngadan pun berjalan-jalan ke kawasan hulu Layar. Semua karangan, tebing, mumbun dan meruju (jenis-jenis tumbuhan di tepi air) disemburnya dengan air. Sambil menyembur tebing-tebing ini dengan air dia berjampi.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
enseriban Ibsejenis ikan air tawar yang hidup di sungai atau danau-danau kecil di kawasan berpaya. Badannya bersisik dan berkilat.Saya berdiri di segi tikar rotan. Membawa seekor ayam berwarna menyerupai ikan enseriban. Bulu ekornya layu dan bahunya berlurah-lurahan.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tawi Tbsejenis ikan air tawar.Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lontong I Tbsejenis ikan air tawar yang boleh dimakan.Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
togad Tbsejenis ikan air tawar, badannya berbentuk panjang nipis dan banyak tulang.Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selunsung MSbsejenis ikan air tawar seperti ikan tidur tetapi bentuknya panjang dan dijual dengan harga yang mahal.Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas