Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitulah

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Garam bercampur dengan lokan;
Umpama nabi kasihkan umat,
     Begitulah saya kasihkan tuan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(9)

182

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana rupa, begitulah bayangnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana rupa, begitulah bayangnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ugak MSrtunggul.Dup! Agak-agaknya begitulah bunyi tubuh Pak Udak Hassan jatuh ke tanah. Akibatnya: elok-elok gigi masih ada dua tiga batang, jadi tertanggal semuanya kerana terlanggar ugak kayu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pawai Bj, Irpengapit pengantin.Pengantin lelaki berpawaikan lelaki dan begitulah sebaliknya. Semasa bersanding seorang daripada tetamu akan diundang untuk melagukan syair memuji-muji kedua mempelai.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penyaram Ib, LB, MSrsejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah yang telah diadun dan seterusnya digoreng.Tiga empat begitulah. Dia mengambil sendiri kuih rangin itu dan memasukkannya ke dalam karung plastik kecil yang dikhaskan oleh Khatijah untuk memuatkan kuih yang dibeli orang. Kemudian dia mengambil sebuah karung lain dan mengisinya dengan empat biji kuih penyaram.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
longgar mata udang, *gerah mata udang* Ibperibahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah.“Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah,” kata Keling menuding ke arah Laja.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas