togad Tb | sejenis ikan air tawar, badannya berbentuk panjang nipis dan banyak tulang. | Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kiring-kiring Kd | sejenis alat bunyi-bunyian yang berbentuk kecil dan jumlahnya banyak. | Giring-giring : Segugus (seperti buah langsat), sebanyak 10 biji diperbuat daripada tembaga. Kadang-kadang ia juga disebut kiring-kiring, dibunyikan oleh wanita. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giring-giring MSb | sejenis alat bunyi-bunyian yang berbentuk kecil dan jumlahnya banyak. | Gong, gendang dan giring-giring tidak perlu dibunyikan kerana tiada arahan yang akan diberikan oleh tetagas. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lalasu Mr | nama sejenis manik yang berbentuk bulat. | Kau tau tak, kau dah menolak tuah tadi? Kau tau tak, apa yang mereka bawa tadi? Huh! Macam tatamong untuk anak dara! Punyalah banyak buah-buah manik bungkas dan manik lalasu yang mereka bawa! | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |