Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lang.sung] | برلڠسوڠ

Definisi : 1. berlaku (peperangan, ke­ramaian, dll), diadakan, terjadi: perjumpaan tersebut ~ di Dewan Bahasa dan Pustaka; 2. berlaku terus (tidak berhenti): mesyuarat itu ~ beberapa hari; 3. bp bersatu (sesudah ber­nikah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lang.sung] | برلڠسوڠ

Definisi : 1 berlaku; terjadi: Majlis perkahwinan itu sudah ~ malam tadi. 2 terus berlaku; tidak berhenti: Peperangan itu ~ hingga beberapa bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mengalai Tbupacara perubatan yang dilakukan oleh bomoh yang berlangsung selama 7 malam dengan diiringi oleh alat muzik kulintangan.Pak Ungkal terus mengalai. Dia sini menglilingi Ansuri sebanyak tujuh kali. Di samping mengalai Pak Ungkal mengipas-ngipas tubuh Ansuri. Dia menghalau penyakit daripada tubuh wanita itu.HijrahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monogit Kdupacara makan minum bersama keluarga dan jiran yg berlangsung selama seminggu untuk meraikan hasil tuaian yang banyak.Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabot dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
tutubit, *tutubik* Mrsejenis alat yang digunakan oleh bobolian dalam upacara pengubatan tradisional.Kelopak mata Charlene terkedip-kedip, memerhatikan upacara yang sedang berlangsung. Di tangan tentagas itu, tergenggam sebilah lembing, tutubit, giring-giring dan lain-lain untuk upacara itu.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
angavuvung Mrupacara amal sebagai tanda kesyukuran.Tuaian yang baik dirayakan dengan mengadakan kenduri dan upacara amal sebagai tanda kesyukuran. Upacara ini (angavuvung) berlangsung selama dua hari dan ia dilakukan oleh seorang spesialis upacara amal wanita (yoru).Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jeraya MSrjalan raya.Cuma satu malam, mereka keluar ke jeraya lalu singgah di sebuah perhentian bas - selepas lebih kurang setahun persahabatan baiknya dengan Ahtieng berlangsung - Ahtieng merebahkan dirinya di pangkuannya; sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba dan di luar sangkaannya.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas