lalaguna Mr | lantai lansaran. | Lalaguna - berukuran kira-kira 20 kaki panjangnya dan sebanyak 60 batang yang diperlukan - ianya digunakan sebagai gelagar dewan `lansaran'. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kotang-kotangan Mr | sepuluh batang buluh berukuran paling pendek dan kecil tidak lebih dari 0.5 kaki atau 15 centimeter sahaja yang terdapat pada alat muzik Bakokong. | Alat-alat yang digunakan untuk mengiringi tarian tersebut ialah terdiri daripada sembilan buah gong, gendang dan kulintangan di mana-mana masing-masing dinamakan tobon, ketambon, toyogtoygan, tontogan, telutokon, kotang-kotangan, canang dan titikas. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tapi Bj, Sl | dinding lepa. | Lepa biasanya berukuran 5 meter panjang dan 1.5 meter lebar dan membentuk struktur sebuah rumah yang mempunyai dinding dipanggil ‘tapi’ dan beratap daun nipah dikenali ‘kajjang’. | www.berita Harian. com.my | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
turali Kd | sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh sumbiling berukuran 30 cm dan mempunyai 7 lubang. Dimainkan semasa upacara kematian dengan meniup menggunakan hidung. | Dalam pertandingan itu saya memilih empat jenis muzik tempatan seperti Bungkau, Sompoton, Turali Toniba dan Babadon. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nunuk ragang Kd | sejenis pokok kayu ara merah. | Sesungguhnya, keharmonian kehidupan orang-orang Dusun yang membina tujuh buah pondok yang berukuran dua puluh empat kaki persegi setiap satu di bawah pohon ara atau nunuk ragang itu, bagaikan wujud dalam impiannya. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ropuan Kd, Tb | dapur kayu, tempat menyalakan kayu api untuk memasak. | Setompok arang yang masih berasap sedikit kerana telah dijirus air dan tompokan abu putih, terdapat di atas ropuan berukuran empat kaki persegi. Di ropuan itu tersusun lima enam batang kayu api. Hujungnya berwarna kehitam-hitaman kerana telah terbakar. | Mimpi Burubut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |