anding Ky, MBr | nama tarian pemujaan. | Pada mulanya tarian Anding ini bukanlah merupakan tarian untuk bersukaria, tapi merupakan ‘pemujaan’ terhadap semangat atau dewa dewi dan mambang. | Pemujaan Semangat Dewa Dewi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
enchaboh arong, *enchabuh arung* Ib | sejenis upacara adat istiadat bagi menyambut kepala musuh yang dibawa balik oleh pengayau. | Gawai yang dipanggil Enchaboh Arong bukanlah jenis Gawai Burung kerana dalam gawai ini upacara ke tanju diadakan hanya sekali. Gawai ini hanya digunakan untuk menyambut kedatangan tengkorak musuh yang diperolehi semasa mengayau. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sazau Kd | nama lain bagi tarian Sumazau. | Di samping bentuk tariannya, namanya juga agak berlainan. Di Tambunan Tarian Sumazau dipanggil Tarian Sazau, manakala di Kuala Penyu digelar Sumayau, tapi Sumayau yang dimaksudkan bukanlah tarian warisan suku kaum Dusun yang terdapat di Tuaran. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
adai-adai MBr | lagu untuk mengiringi tarian tradisional suku yang berkenaan. | Pada suku Berunai, Madayut inilah merupakan satu-satunya tarian yang benar-benar membawa erti ‘tarian’, kerana lain-lain tarian seperti Samalindang, Adai-adai, bukanlah tarian yang benar-benar memenuhi istilah ‘tarian’ seperti yang semestinya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lambai Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Beluran. | Di Beluran Tarian Sumazau lebih dikenali sebagai tarian Lambai dan demikian juga di Ranau di mana lebih popular dengan panggilan tarian Mengigol, tapi Mengigol yang dimaksudkan bukanlah Tarian Mengigol yang diwarisi oleh suku kaum Rungus yang terdapat di Kudat. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |