ririk Ib | sejenis tumbuhan liar, daunnya besar dan lebar biasanya digunakan untuk membungkus nasi atau membuat atap. | Jabau membuka pelepah ririk kering yang menudung buluh-buluh di bawah pokok ensurai. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pingan Ib | buah terap hutan, daunnya lebar berbuah bulat berbulu dan berwarna kekuningan. | Setelah lama berkahwin, isterinya pun hamil dan mengidamkan berbagai-bagai jenis buah khususnya pingan tetapi waktu itu bukan musim buah. Jengkuan berasa sangat kasihan melihat keadaan isterinya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pagung Bj | sejenis tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok); Nipa fruticans. | Buat apa dengan pagung tu? Tanya Nanak. "Buat atap. Semalam hujan turun. Tempias hujan masuk ke dalam rumah. Bapa tak dapat tidur," jawab gadis itu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lemba Ml | sejenis tumbuhan, buahnya boleh dimakan, daunnya lebar dan digunakan untuk mengikat benang tenunan. | Tolonglah saya sambung pua kumbu ini supaya menjadi kapal terbang untuk suami kita mengambil lemba untuk anak kita, kata Kumang. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kikiri Kd | gelenggang (gelénggang) sejenis tumbuhan (herba yang daunnya dibuat ubat kurap, kayap dll), daun kurap; Cassia alata. | Terbayang dalam ruang mata Lina rumput Kurina, Solinatad, Kikiri dan Babawang sudah tumbuh di petak sawah. | Proton Saga Kelabu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pudak Ib | sejenis pokok yang tumbuh di tepi sungai, daunnya seperti daun kari dan berbau wangi. Ia juga berbuih dan boleh digunakan sebagai syampu. | Kedatangan kami berdua ini memang ada tujuannya, Selain datang melawat ke sini, Kami berdua hendak menjinakkan Anak bunga pudak | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |