angkob | bekas besar untuk menyimpan padi diperbuat daripada kulit kayu. | 1. Bekas berbentuk silinder dari kulit kayu yang disimpan di loteng rumah (tilud). Selepas dimasukkan ke dalam karung, padi ini kemudian disimpan dalam sebuah pondok kecil di tepi sawah yang dipanggil sulap untuk beberapa ketika sebelum dipindahkan ke rumah untuk disimpan di bekas besar yang dipanggil angkob. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taigan Mr Tl | bakul kecil yang diikat dipinggang untuk menyimpan padi yang belum masak. | Tangkai padi yang masak yang telah dipotong disimpan di dalam bakul (buyung) yang disandang di belakang dan padi yang belum masak disimpan di dalam satu bakul kecil (taigan) yang terikat di pinggang. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jopul, *jipor* Bd | parang tradisional orang Bidayuh, biasanya disimpan khas untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan peperangan, pertempuran dsb. dan bukan untuk kegunaan harian. | Pak Sujang melompat keluar dari balik pondok dengan jopul terhunus dan terhayun-hayun di tangan kanannya. | Menganyam Kedukaan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tampik Ir, Tb | daging kerbau yang dipotong nipis dan dikeringkan untuk disimpan. | Semua penduduk mendapat agihannya masing-masing malah mereka dapat menyimpannya tiga empat hari. Mereka bercermat dan berdikit-dikit memakan “tampik” daging kerbau mandak itu. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ampap MSb | sejenis masakan ikan yang dimasak sehingga kering dan boleh disimpan lama. | Lauknya sudah makcik masakkan. Lauk ikan ampap dan.... ayuh Mediha, ayuh kita bersama-sama, Mediha...” | Lintasan Cinta | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
racun menaun Tb | sejenis racun yang paling bias yang digunakan untuk membunuh musuh. Ia boleh digunakan atau disimpan selama bertahun-tahun. | Setahun kemudian Pak Semawit menemui ajalnya. Kata orang dia termakan racun menaun. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
popoiib Kd | upacara penyimpanan padi yang telah dibersihkan ke dalam jelapang padi. | Apabila padi yang telah dituai mahu disimpan di dalam Tangkob, upacara Popoiib dijalankan. Bobohizan mengaut padi menggunakan nyiru dan membubuh padi di dalam Tangkob. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kulimbong Mr Tl | jelapang padi kecil yang diperbuat kulit kayu. | Jika hasil tuaian tidak banyak maka padi ini disimpan dalam bekas yang kecil dipanggil kulimbong. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
diogik, *oogik* Bj Sm, Kd | irik. | Upacara baasik ini diadakan ketika selesai kerja-kerja mengetam padi. Padi-padi telah disimpan di dalam ketawai sesudah diogik, yakni menanggalkan buah-buah padi dari tangkainya - mengirik. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tampin Mr Tl | proses menyimpan padi (yang siap ditampi) mengikut kuantiti hasil tuaian pada ketika itu. | Padi yang siap ditampi kemudiannya disimpan di tempat simpanan yang berbeza dari segi saiz bergantung pada kuantiti dan jenis bekas yang dimiliki oleh petani. Proses ini dipanggil tampin. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |