temuda Ib | kawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan. | Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
piring Ib | sesajian hidangan untuk pemujaan. | Siap sudah upacara memohon restu itu, mereka balik ke rumah kediaman mereka. Segala hidangan piring dan babi korban mereka ditinggalkan di puncak gunung itu. Semua bahan itu adalah untuk membuktikan kesungguhan mereka memohon restu yang diharapkan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lumusung Mr | nyanyian beramai-ramai ketika memulai tarian lansaran. | Dia tersenyum. Nyanyian lumusung masih mendayu-dayu, yang pasti Balon akan berjaya mendapatkan kingkilat dengan enjutan lansaran dan nantinya gemuruh pembangunan akan kedengaran mengaum, mengisi setiap ruang kosong yang dulunya pernah ditinggalkan. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
laut Ib | orang Melayu. | Orang yang bersuka ria dan ketawa tadi kini menjadi takut. Mereka mulai lari ke sana ke mari dan yang ada perahu lari ke perahu. Laut-laut yang ada perahu semuanya lari ke perahu. Rumah panjang yang ditinggalkan tadi terus menjadi batu. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |