sayat sa rending Ir | upacara membuka tirai pelamin semasa majlis persandingan. | Pelamin, ditutup dengan kain sebanyak tiga hingga tujuh lapis yang dikenali sebagai sayat sa rending. Upacara untuk membatalkan air sembahyang iaitu dengan cara menyarungkan cincin di jari perempuan. | Proses Perkahwinan Masyarakat Iranun | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
apin Mr | tikar. | Padi yang belum masak diletakkan di tikar (apin) dan ditutup dengan satu helai tikar lagi sehingga masak. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
telenga atap Ib | bahagian atap yang boleh dibuka untuk pengudaraan di waktu siang. | Selepas balik dari upacara pengebumian itu telenga atap atau bahagian atap yang selalu dibuka pada bilik orang yang mati ditutup. Ini ialah supaya, kalau gelap di dunia ini, di dunia kematian atau sebayan rumahnya akan menjadi terang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pana Ib | nasi hitam yang dimakan oleh keluarga terdekat (isteri, ibu, suami) selama tiga hari atau lima hari atau tujuh hari selepas mayat dikebumikan. | Selepas balik dari upacara pengebumian itu telenga atap atau bahagian atap yang selalu dibuka pada bilik orang yang mati ditutup. Ini ialah supaya, kalau gelap di dunia ini, di dunia kematian atau sebayan rumahnya akan menjadi terang. Selepas itu upacara berkabung pun dimulakan. Orang yang memakan pana pun mulalah memakan nasi hitam sebagai tanda kesedihan di kalangan ahli keluarga si mati. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |