kendawang Ib | sejenis ular yang berbisa. Kepala dan ekornya berwarna merah, manakala badannya berbintik-bintik kekuningan. | Enteran Temiang memanjat ke atas lagi dan sampai pada pelepah yang kedua seekor ular kendawang keluar dari belitannya dan mematuk Enteran Temiang. Nasib baik patukan ular tidak mengenainya. Dia memotong leher ular kendawang dengan pedangnya. Kepala ular pun jatuh ke bawah. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tijirak, *pijirak* Bd | sejenis burung seperti burug pipit tetapi ekornya panjang dan berwarna keperangan. | Burung Tijirak berbunyi dan mengepak-ngepakkan sayapnya dengan kuatnya. Rusa pun terkejut kerana diganggu oleh kelakuan Tijirak itu. | Cerita-cerita Rakyat Bidayuh | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
serawi MSb | sejenis ikan air tawar, badannya berkilat-kilat dan ekornya berwarna merah. | Omar makan. Berselera dia tengah hari itu badannya berpeluh. Pedas lada yang menjadi perencah ikan serawi yang menjadi lautnya itu terasa sedang oleh lidahnya. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
enseriban Ib | sejenis ikan air tawar yang hidup di sungai atau danau-danau kecil di kawasan berpaya. Badannya bersisik dan berkilat. | Saya berdiri di segi tikar rotan. Membawa seekor ayam berwarna menyerupai ikan enseriban. Bulu ekornya layu dan bahunya berlurah-lurahan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |