ridang Ib | koyak besar. | “koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
paina Kd | nama lain bagi tarian Sumazau di Membakut. | Di Membakut Tarian Sumazau lebih popular atau terkenal dengan panggilan Paina yang membawa erti Tarian atau menari. | Sumazau dikenali Tarian Paina di Membakut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kandandiu Mr Td | sejenis tarian “hatiku rindu” dan merupakan salah satu tarian yang melambangkan kehidupan para nelayan dari kalangan suku kaum Tidong. | Kandandiu membawa erti ‘hatiku rindu’ dan ianya merupakan salah satu tarian yang melambangkan kehidupan para nelayan dari kalangan suku kaum Tidong. | Memuja tuhan di Gunung Kinabalu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
adai-adai MBr | lagu untuk mengiringi tarian tradisional suku yang berkenaan. | Pada suku Berunai, Madayut inilah merupakan satu-satunya tarian yang benar-benar membawa erti ‘tarian’, kerana lain-lain tarian seperti Samalindang, Adai-adai, bukanlah tarian yang benar-benar memenuhi istilah ‘tarian’ seperti yang semestinya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pureh, *purih* Ib, Ml, MSr | keturunan. | Biarlah Rina menjadi golongan terpelajar yang mempunyai nilai dan pandangan hidup yang sempurna. Yang dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya yang beradat dan mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Biarlah pureh yang dilahirkan oleh Rina nanti tahu menilai adat nenek moyangnya yang baik dan murni. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kendis Ib | cara mencukur rambut iaitu dengan mencukur di bahagian tepi kepala sahaja manakala bahagian tengah dan ubun-ubunnya dibiarkan. Biasanya bagi kanak-kanak untuk mengelakkan penyakit kudis. | “koyak, koyak. Ejaannya ialah: K-O-Y-A-K. Sebutan: ko yak. Erti koyak, ialah carik, rubik atau ridang. “Perkataan yang kedua: cukur. Ejaannya ialah C-U-K-U-R. Sebutan: cu kur. Ertinya ialah kukur atau kendis.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |