rikut-rikut Ib | bunyi suara ibu ayam yang sedang mengeram. | Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sumbul Bj Sm | bekas tembaga yang digunakan untuk mengisi sirih pinang. | Pak Guring lalu menghulurkan sumbul yang berisikan sirih pinang kepada Pak Longgon. Sambil ibu jari kanannya mengarah ke suatu sudut, di mana ayam jantan Tanak Wagu terikat di situ. | Ayam Jantan, Tanak Wagu dan Sumandak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
biau Ib | upacara berdoa sambil mengibarkan seekor ayam semasa majlis keramaian (untuk maksud sosial). | Seluruh isi rumah itu berkumpul menghadiri upacara ‘biau’ itu. Ayah dan ibu Kumang juga hadir di situ. Mereka datang berserta dengan rombongan siang tadi. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |