merinsak MSr | papa; sangat miskin. | Mereka lokek. Setiap sen dihitung. Kartini membayangkan yang dia tidak sanggup berbuat demikian. Pada pandangannya terlalu merinsak orang kalau setiap sen diambil-kira setiap kali menghitung rezeki. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
retak badan Ml | takdir, ketentuan, selalunya disebut retak badan. | Dan ternyata Kamalina perlu ditolong. Perlu ditemani. Tetapi nasib dan retak badannya berlainan sedikit. Dia terpisah daripada Kamalina lebih awal daripada Kartini. Dalam keadaan dan saat-saat begitu, terasa rindunya menekan-nekan perasaan. Dia merindui Kamalina. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
amben MSr | waktu berpantang selepas melahirkan anak. | Dia teringat lagi, selepas menutup lang bilik mandi itu dia terus kembali ke tempat tidur. Tidak perlu rasanya dia menjengah bilik tidurnya yang digunakan oleh Kartini yang masih dalam amben. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rangin Ib, MSr | sejenis kuih yang berwarna putih yang diperbuat daripada adunan kelapa, tepung pulut dan gula. | Mak Minah meninggalkan rumah berbekalkan wang sebanyak dua ringgit. Dia tahu menantunya suka memakan kuih rangin dan Kartini suka kepada penyaram. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |