Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yan] | ملاين

Definisi : 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yan] | ملاين

Definisi : 1 menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2 mengendahkan atau mempedulikan kritik, rungutan dll: Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3 mengikut kehendak hati (perasaan dll): Lama dia bermenung ~ perasaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melayan


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngelala Ib, MSrmengenal, mengecam.Di hadapannya kelihatan beberapa orang pelanggan yang sibuk melayan selera memilih jenis kuih yang hendak dibeli. Dari jarak begitu dia tidak dapat ngelala semua orang, mungkin dari Kampung Lintang dan tidak mustahil juga mereka dari Jalan Istana.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas