pugai II LB, Ml, MSr | sesuatu yang dijampi untuk memikat hati seseorang, guna-guna. | ada suatu hari, datanglah dukun yang sanggup mengubati Merawi. Dukun yang terkenal itu pandai menilik, pandai mengubati penyakit. Dia juga dikenali oleh sebilangan kecil pemuda di kampung itu, kerana pandai membuat ubat guna-guna, tegasnya pugai-memugai. | Novel Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Belian Ib | upacara mengubati orang sakit oleh manang. | Selang empat hari kemudiannya, empat orang pemuda yang dulu itu datang lagi untuk menjemput dia mengadakan upacara belian. Apabila mengetahui bahawa Manang Engkejuang teringin sangat untuk pergi belian, tambahan pula keempat-empat orang pemuda itu sudah naik dari pangkalan, Manang Entayang pun masuk ke bilik lalu menyapu mukanya dengan arang dan jelaga, sambil duduk berdekatan dengan dapur. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
momolian Kd, Mr | suatu upacara mengubati pesakit. | Apakah dia tergamak memanggil momolian untuk menjampi dan menerangkan ubat-ubatan yang diperlukan, mengikut jenis penyakit yang dipercayai dihidapai oleh ibunya? | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngoncong Sk | satu acara kebudayaan atau kepercayaan tradisi untuk mengubati orang sakit, tolak bala dan bernazar. | Kalau dia pulang dan dikahwini lelaki, aku akan ngoncong. Ini niatku. Ini nazarku. Aku akan buat juga. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mansayau Mr | sejenis tarian suku kaum Murut yang menggambarkan tentang sifat kepahlawanan kaum Murut serta digunakan untuk upacara mengubati orang sakit dan pada acara ini seorang bomoh akan digunakan dan biasanya diadakan dalam upacara Mensilad. Tarian ini juga sering dipersembahkan ketika hendak berpindah ke rumah baru atau ketika majlis keramaian seperti pesta menuai atau majlis kahwin. | Dari pergerakan jelas memperlihatkan yang Tarian Mansayau ini memperlihatkan soal kegagahan suku kaum berkenaan di medan peperangan. Jadi, pada umumnya tarian ini ditarikan oleh pahlawan-pahlawan suku kaum Murut yang selalu menghadiri upacara mengayau atau merayau. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ipok Ml | roh. | Jiran-jiran berdekatan mulai bertandang ke rumahnya. Malam itu dukun Pak Maloh memulakan tugas pengubatannya. Dan malam itu semua ipok Pak Maloh dipanggil untuk mengubati penyakit Luman. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
membuntas, *muntas* Ib | membedah. | Adu Apai Jingan cedera parah; peluru masuk dari dada dan berbonjol di sebelah belakangnya menyebabkan dia sering muntah darah. Oleh kerana hendak cepat lari mereka tiada cara untuk mengubati kecederaan Apai Jingan ini. Setelah sampai di Sarawak (sekarang Kuching) barulah Kedit membuntas dan mengeluarkan peluru dari belakang Adu dengan hujung pedangnya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
angalang Mr | 1. sejenis tarian utk menyambut kepulangan pahlawan dari peperangan atau merayakan hari keramaian. | Penari-penari Tarian Angalang terbina dari dua barisan yang satu-satunya barisan mengandungi tujuh orang penari lelaki. Mereka menari dengan mengikut rentak alat-alat muzik yang dipukul dengan irama-irama tertentu, sambil bergerak mereka maju ke depan dan demikian juga penari wanitanya. Walau bagaimanapun reka bentuk tarian berkenaan boleh dilakukan mengikut selera atau kemahuan pencipta. | Tarian Mengubati Orang Yang Sakit | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |